Selamat datang ke Chaon Zone.. Selamat hari jumaat semua.. harini gua nak kongsi sesuatu yang menarik untuk kita bersama.. Sempena hari jumaat nie.. Selalunya hari jumaat gua akan update entri yang berkaitan dengan Islam.. Apa yang gua dapat gua nak share la dengan korang-korang semua.. insaf-insaf la sini.. Sape nak tau cerita angkat tangan?... \0/ Okey2.. Sebenarnya gua ada dapat message dari seorang kawan.. yang menghantar melalui emai.. Jadi, tak salah kalau benda yang baik kita kongsi bersama kan.. Layan...
Menghitung Masa
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal +/- 65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh +/- 15 tahun
Wanita Baligh +/- 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun= 18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari, 12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Waktu kita tidur +/- 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibundarkan jadi 17 tahun
Logiknya:
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……
Waktu aktiviti kita di siang hari +/- 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat +/- 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fikir;
solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = +/- 10 minit ….. 5x solat = +/- 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………
|
|
|
|
|
v
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat
Renung-renungkan lah dan selamat beramal..
10 comments:
nice info bro.. thanks for sharing..sekejap je kita nak berbakti kepada Allah..tapi tu lar..kadang2 pon terlepas jugak..huhuhu
nice.. thanks for sharing..
salam dari pak dogol..
izinkan pak dogol tokok tambah sikit ye cha'on..
'solat' itu kata asas dari 'silah' membawa maksud penghubung..
oleh yang demikian solat adalah sepanjang usia menurut hitungan hembusan nafas..
ada pun solat 5 waktu itulah yang dianggarkan selama dua tahun..
menyebok je pak dogol ni di ruangan komen blog orang lain..
muehehe!
aku baru bgn tido.
terkesima kejap.
ok lpas ni tido 2 jam je shari.
huuhuu
wah..insaf jap bc entri nie...:)
Alhamdulillah~~~
dah bace baru tepikir
patot ke ak tdo?huhuk
Usia yang berbaki dan umur yang bersisa perlu digunakan utk menambahkan saham utk ke sana. Betul tak kawan2.
salam kawan2.. betol tue.. saham yang kita laburkan(amalan baik) kat dunia nie menjadi kepentingan untuk disana..
nice post! id never thought that we gona spend so much time on other things.. i mean, id never think of calculating pun.. huhu
very3 nice info.. 5stars :)
Post a Comment