Selamat Datang Ke Cha'on Zone
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca sekalian. Bosan betol hari nie.. So, Buat la karangan yang panjang berjela nie.. hahha.. Nak tau ke pasal ape..? Kalau nak tahu jom ramai-ramai serbu read more dekat bawah nie.. Selamat Membaca semua.. Yang baik jadikan pengajaran yang tak baik elok lah kita hindarkan..
Gambar Hiasan 1
Hari demi hari menanti dekat kebahagiaan untuk diri masing-masing kan. Kadang-kadang hanya indah khabar dari rupa. Sesuatu yang dinanti belum lagi menjadi kePASTIan. Yang ada adalah cuma harapan. Dalam dunia ini susah untuk mendapatkan sesuatu yang diingini kan? itu semua bergantung kepada diri sendiri. Sejauh mana usaha dan tanggungjawab yang diberikan terhadap keinginan. Selagi ada usaha yang berterus dan tidak mudah putus asa, selagi itu peluang masih terbuka.
Cinta. Apa ada dengan cinta. Sering kali terbayang akan kehadiran cinta dalam hidup. Bagi sesetengah insan, cinta itu merupakan segalanya dalam kehidupan. Adakah kehidupan dengan cinta menjamin kebahagiaan? Adakah kita akan bahagia untuk selamanya? Tepuk dada tanya iman. Tetapi banyak kelemahan disini yang perlu diperbaiki. Bukan sekadar hanya melafazkan cinta. Tapi menjaga keharmonian cinta supaya tidak berlaku pergolakkan dimana ia boleh memakan diri.
Cabaran!! Kadang-kadang hidup ini memerlukan cabaran. Secara jujurnya,untuk memiliki cinta yang tulus adalah begitu sukar dan kadang kala memakan diri sendiri. Kehidupan melalui kejujuran dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain adalah penting bagi pendapat penulis. Waa.. Cabaran untuk penulis begitu besar sekali.. hahha..
Zaman!! Kesinambungan antara Zaman Teknologi dengan peradaban cinta boleh dirungkaikan. Sebagai contoh, adakah tuan-tuan dan puan-puan sering terdengar tentang kes bunuh diri? dengan lebih jelas lagi bunuh diri disebabkan cinta? mesti pernah kan? bagi penulis, keadaan ini adalah disebabkan keinginan seseorang yang hajatnya tidak kesampaian disebabkan ketidakpuashatian. Di zaman era globalisasi ni jugak tidak terlepas dari gejala ini.
Kehidupan!! kehidupan dalam bercinta memang menarik kan. Ada kalanya kita gembira tak terkata disebabkan cinta kita terbalas. Ada kalanya berlaku pergolakkan dalam percintaan. Ini dah lumrah manusia. Setiap manusia tidak akan terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Cuma yang ingin diketengahkan adalah kesabaran untuk menyelesaikan conflik. Cuba selesaikan secara harmoni, ini dapat mengelakkan pergolakkan berlanjutan dan seterusnya memudaratkan perhubungan antara insan.
Gambar Hiasan 2
Lelaki!! Pernah dengar tentang lelaki menangis? Sebenarnya lelaki nie susah untuk menangis disebabkan ego yang terlalu tinggi. Akan tetapi, seseorang lelaki tidak akan menangis dengan mudah kecuali didepan orang yang amat disayangi.
- Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
- Jika kamu membiarkannya pergi, dia tidak pernah akan kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.....selamanya....
- Wanita,jika seorang lelaki menangis keranamu,tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin kerana keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.
- Saat dia menangis didepanmu,saat dia menangis keranamu. Lihatlah matanya, dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?fikirkan..... Lelaki mana lagikah yang akan menangis dengan murni,penuh rasa sayang,didepanmu dan keranamu.....
- kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal.. Mungkin akan terlambat untuk melafazkan ‘MAAF’..............
Sumber dari: Aqamz
Dendam!! kadang-kadang pengakhiran cerita cinta dengan sesuatu yang buruk. Tetapi, itulah hakikat dimana ia tidak dapat dielakkan. Hal sedemikian berlaku disebabkan penganiayaan yang telah berlaku seperti tertipu, rugi, berpaling tadah dan sebagainya. Apa perasaan kalau kena tipU? mesti bengang kan. tidak hairanlah jika berlaku hal bunuh membunuh. Dahsyat betol penangan cinta ni..
Apa yang penting? ..
Sekian
0 comments:
Post a Comment