Saturday, May 28, 2011

Hari Belia 2011| Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya




Welcome To Orange Club

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ada perhimpunan di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2011. Himpunan Sejuta Belia 2011 ini diadakan tiga hari beturut-turut iaitu dari 27 Mei 2011 hingga 29 Mei 2011 (Ahad). Hari ini dan semalam Putrajaya dibanjiri oleh pengunjung dari semua negeri. Dari utara semenanjung hingga ke selatan tanah air dan juga Sabah dan Sarawak. 



LEBIH 100 pacuan empat roda berkonvoi ke Putrajaya dari Dataran Merdeka, malam tadi bagi memeriahkan Hari Perhimpunan Sejuta Belia 2011 yang bermula semalam. Pelepasan peserta, majoritinya ahli kelab Redah 4x4 dilepaskan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan tepat jam 10 malam bersama Presiden Kelab Redah 4x4, Hakasah Abu Hasib. Konvoi sempat mengelilingi bandar raya sebelum tiba di Putrajaya jam 11 malam dengan sebahagian peserta berkhemah di tapak perhimpunan untuk pelancaran kelab berkenaan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, pagi ini. Kelab Redah 4x4 ditubuhkan 2006 dan disertai belia berusia 20 hingga 70 tahun dengan aktivitinya berkonsep kekeluargaan dan kerja amal. 

Sumber dipetik dari Berita Harian


One Million Youth fathering- Putrajaya 2011


Gambar Di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya


Promo sempena Hari Belia Negara 2011


Pelbagai aktiviti yang telah disediakan sepanjang tiga hari berlangsungnya hari belia 2011 ini. Memang banyak! Tidak rugi rasanya jika anda dan keluarga berkunjung ke Putrajaya. Antara yang menarik minat termasuklah Persembahan Artis Antara Bangsa iaitu Super Junior M yang menjadi kegilaan belia-belia negara. Hahha! Aktiviti lain yang menarik sempena himpunan sejuta belia 2011 di Putrajaya termasuklah Sprint Test (Kereta & Motor) di Persint 4 pada 28 dan 29 Mei jam 4 hingga 12 tgh malam, pertandingan grafiti, kejohanan paintball dan banyak lagi. 

Bagi rakyat yang ingin berkunjung ke Putrajaya bagi memeriahkan lagi Hari Belia Negara 2011, Lebih baik anda dapatkan aturcara majlis lengkap supaya perjalanan anda lebih teratur dan senang untuk ke destinasi yang diinginkan. Aktiviti Sepanjang Hari Belia Negara 2011. Jom ramai-ramai meriahkan lagi aktiviti sempena HBN 2011. Jom! Jom! hahha.. 

Sekian~

0 comments:

Search