Wednesday, December 23, 2009

Pesta Pulau Pinang??



MAHU bertemu angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor atau jaguh skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David atau pemenang pingat emas badminton di Olimpik, Datuk Lee Chong Wei?

Jika tidak pun, anda boleh bertemu kartunis popular, Datuk Lat melakar lukisan di depan mata. Semua ini hanya menjadi realiti jika anda berkunjung ke Pesta Pulau Pinang 2008.

Tahun ini, pesta dengan tema, ‘Jom Pi Penang!’ meneruskan penganjuran acara wajib seperti pertandingan sukan terbuka kepada penyertaan awam termasuk badminton, sepak takraw, karom, gusti lengan, kick boxing dan senaman aerobik.

Jangan lupa mengunjungi ‘Euro Fun Park’, taman permainan dengan tarikan ala kota keriangan Genting Highland. Mereka yang datang bersama keluarga juga boleh menyaksikan persembahan dari Menara Kuala Lumpur dan karnival Mini Malaysia.

Malah, jangan ketinggalan melihat pameran haiwan eksotik termasuk ular sawa dan memeriahkan cabaran ‘paintball’, secara berkumpulan bersama rakan dan keluarga. Acara tahunan sejak 1970-an ini bakal menarik kunjungan sehingga setengah juta orang. Penganjur juga sudah menurunkan bayaran untuk masuk ke tapak pesta selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa.

Selain berhibur, pengunjung boleh mengunjungi bazar terbuka menempatkan 160 gerai menjual pelbagai barangan daripada produk kesihatan, pakaian, barangan hiasan rumah, kraftangan dan tekstil.

Seperti pesta lain, acara ini bagaikan tidak lengkap tanpa persembahan bertenaga artis tempatan. Artis yang bakal membuat persembahan termasuk Mas Idayu, Faizal Tahir, Izwan Pilus, Jinbara, May, Data, Hujan, Def Gab C, Kristal, Wings dan XPDC. Turut menghangatkan tapak pesta termasuk Ifa Raziah, Haiza dan Ani Mayuni yang bergabung di bawah nama Semarak Dangdut, Senario dan artis kelahiran program realiti TV3, Mentor, Fiq, Pija dan Ayu.

Penganjur juga turut membawa kumpulan dari Medan di utara Sumatera dan Aceh untuk mempersembahkan kebudayaan masyarakat di negara jiran itu.



ACARA SAMPINGAN

Sempena Pesta Pulau Pinang, penganjur juga turut mengadakan pelbagai acara pelancongan sampingan termasuk Festival Pesta Flora, Miss Pesta Beauty Pageant, Pesta International Dragon Boat Race dan Pesta International Scrabble Competition.

Pesta Beach Volleyball Competition, Pesta Fishing Tournament, Pesta Lion Dance Competition, Pesta Chingay, Go Kart competition, Mr Beach Pesta, Pesta Tenpin Bowling, Aslirama (persembahan muzik klasikal) dan Pertandingan Catur Pesta Pulau Pinang.


Pesta Pulau Pinang berlangsung sehingga 31 Disember 2009 di Tapak Pesta, Sungai Nibong di Pulau Pinang.

Ia dibuka setiap hari dari 6 petang dan 11.30 malam. Bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (usia antara 7 dan 12 tahun).



0 comments:

Search