Saturday, November 14, 2009

Pak Pandir Naik Kapal Terbang




Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. “Cu… Atok teringin sangat nak merasa naik kapal terbang”. “Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapal terbang bersama”, kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapal terbang untuk ke negara jiran… yang terhampir iaitu Malaysia. Sewaktu di dalam kapal terbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapal terbang, maka mendaratlah kapal terbang tersebut di KLIA. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata “Patutlah panas dalam kapal terbang tadi, rupanya kipas di luar…”.




0 comments:

Search