Thursday, January 28, 2010

MenGetahui Personaliti Diri Melalui Tandatangan!!










Selamat datang ke Blog gua.. Arini gua nak buat pasal Rahsia Di Sebalik Tanda Tangan Tanda tangan? Semua orang mempunyai tanda tangannya yang tersendiri.. korang juga pasti tidak ketinggalan mempunyai tanda tangan yang unik. Tapi tahukan korang bahawasanya tanda tangan ini mempengaruhi peribadi diri masing-masing. Percaya atau tidak cuba korang ltgk rahsia tanda tangan di bawah. Sama tak dengan diri korang..


  • Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Atas
Wah, korang yang mempunyai tanda tangan seperti ini memang seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian yang besar dalam kehidupan! Keinginan korang ini membuatkan korang mempunyai sikap yang positif iaitu rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Setiap perkara yang korang lakukan sering kali membuahkan hasil yang baik disebabkan kesungguhan dan kesabaran korang untuk mencapai kejayaanivanjaya.net......

  • Tanda Tangan Bercorak Bulat
Bulat menggambarkan seorang yang suka berfikir. Walaupun ada masanya masalah yang korang hadapi itu boleh diselesaikan dengan mudah. Tetapi korang tetap banyak berfikir untuk menyelesaikan masalah itu daripada segi positif atau negatif. Sikap korang itu memang bagus, tetapi jangan sampai diri korang pula tertekan nanti..Jadi penyelesaiannya sudah ada di depan mata, jadi jangalah pula menyusahkan diri sendiri. Itu lebih mudahkan.

  • Tanda Tangan Yang Bersimbol Love Atau Bunga
Pergh.. beruntung la siapa yang berkawan dengan korang nie! Penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Korang seorang kawan yang baik dan pendengar yang setia. Sebab itu semua orang senang berdamping dengan korang. Pendek kata, jika rakan-rakan kamu mempunyai masalah, koranglah yang akan menjadi pakar perundingnya dan nasihat-nasihat korang itu pastinya bernas.

  • Tanda Tangan Berbentuk Kartun
Lucu betullah korang nie.. Karakter korang ini seringkali membuatkan rakan-rakan sekeliling tidak kering gusi apabila bersama korang. Ada sahaja topik yang menjadi perbualan hangat antara korang dan rakan-rakan. Sikap korang itu memang bagus kerana menjadi penghibur kepada rakan-rakan.. Cuma yang kurang bagusnya, golongan seperti ini mempunyai sikap sambil lewa jika sesuatu perkara itu perlu serius apabila dibincangkan.

  • Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Bawah
hmm.. ini sebenarnya seorang yang kreatif. Tetapi yang bahayanya, kamu juga seorang yang kuat berangan tentang perkara yang tidak masuk akal. kalau berangan sedikit utnuk kebaikan tidak ada salahnya. Mungkin ia dapat membantu melahirkan idea-idea yang bagus. Tetapi berangna kosong sehingga menjejaskan pelajaran tidak baik untuk korang. Kurangkan sikit sikap yang suka berangan itu..

  • Tanda Tangan Lurus
tanda tangan yang lurus menggambarkan keperibadian yang baik pada korang.. Seorang yang jujur dalam melakukan sesuatu perkara. Pada korang bercakap dengan betul dan tidak berbohong itulah yang sebaik-baiknya. Sedia menerima akibat baik dan buruknya terhadap sesuatu perbuatan yang kamu lakukan. Korang benci pada orang yang suka menipu dan pengkhianat. Korang juga percaya, setiap perbuatan yang baik itu, pasti mendapat balasan yang baik di kemudian hari..


  • Tanda Tangan Ringkas
Pantas! satu perkataan yang boleh mengungkap diri yang sebenar. Korang seorang yang pantas dan cekap dalam melakukan tugasan. Biasanya akan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan. Ringkas dan mudah adalah prinsip kamu. Tak payah nak pening kepala membuat suatu perkara yang susah. Kalau dah ada depan mata, rebut saja peluang yang ada.


  • Tanda Tangan Abstrak
Golongan ini mempunyai tanda tangan yang sukar untuk difahami oleh orang lain. Tanda tangannya langsung tidak ada kena mengena dengan namanya sendiri.. Ini memang sangat seni. jadi tidak hairanlah tanda tangan korang juga mempunyai bentuk yang unik. Korang seorang yang perahsia. Banyak tentang diri korang tidak diketahui oleh orang lain. Orang seperti ini akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Sekian..

8 comments:

Teropong Ajaib said...

info2~~

dialova said...

terbongkar rahsia..

Chaon Cornerz said...

pakat tuka sign lepas nie.. hahha..

deus X machina said...

aku pun nak tuka sign pasni
erk888

NoName said...

pilih cara sain baru.. ngee..

Chaon Cornerz said...

tapi kan kalo nak lagi elok lebih baik buat starting huruf kat depan 2 Besar punya!! hahha..

PUAN PIA said...

hehe..

masa sekolah2 dl, TT sll berubah2.. kejap cmni, kejap cmtu.. Pas tu, klu tgk membe ada btk luv or bunge, nak jgk tambah.. hehe..

tp, sejak jd cikgu ni, TT ringkas sesgt le ringkas... xsmpi 1saat.. hehe

Chaon Cornerz said...

yela.. kan banyak student nak kene check.. kalo panjang2 bile nak siap.. hahha..

Search