Wednesday, February 3, 2010

Avatar 2009 Mengatasi rekod Titanic 1997!!



Selamat Datang Ke Chaon Zone.. korang dialu2kan untuk membaca blog gua arini.. arini hari Rabu.. hahha.. gua ada entri baru pasal crita Avatar yang ditayangkan pada December 2009.. gua pun xtau korang dah tau ke belom pasal crita nie.. sebab gua pun baru tau je pasal nie.. maklumla.. skrang nie tengah sibuk.. sibuk ape? ha.. ini yang kita tak tau.. hahha.. betol ke pasal crita nie?? ke reka2 crita je?? ha.. pape hal pun jom redah dlu crita nie.. zaass...

Serba sedikit tentang Crita Avatar dan perjalanannya dalam pembikinan filem ini..Avatar ialah sebuah filem epik cereka sains yang ditulis dan diarah oleh James Cameron, dibintangi oleh Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez dan Stephen Lang. Filem ini berlatarkan tahun 2154, apabila manusia terlibat dalam usaha perlombongan rizab galian berharga unobtanium di bulan Pandora dalam sistem bintang Alpha Centauri. Peluasan koloni manusia di situ mengancam kemandirian kaum pribumi Na'vi di Pandora, dan juga seluruh (ekosistem bumi]) Judul filem ini menyentuh tindakan sesetengah manusia memakai jasad Na'vi rekaan genetik untuk berinteraksi dengan kaum pribumi Pandora.

Filem Avatar mula dibangunkan pada tahun 1994, apabila Cameron menulis skripmen 80 muka surat untuk filem ini. Penggambaran sepatutnya dimulakan sebaik sahaja siapnya filem Cameron yang sebelumnya, iaitu Titanic, agar sempat dikeluarkan pada tahun 1999, tetapi Cameron mengaku bahawa teknologi ketika itu masih belum sedia menzahirkan visi filemnya itu.Usaha mereka bahasa kaum makhluk asing bermula pada pertengahan tahun 2005, sementara Cameron mula mengembangkan lakon layar dan alam cerekanya pada tahun 2006.

Filem ini keluar dalam format 2-D biasa, dan juga bentuk 3-D yang berformatkan RealD 3D, Dolby 3D, dan IMAX 3D. Perbelanjaan rasmi Avatar adalah $237 juta = RM 805,681,474.69 .. tetapi ada yang menganggarkan perbelanjaannya adalah $280–310.. juta untuk penerbitan tambah $150 juta = RM 509,924,983.98 untuk pemasaran. Filem ini disambut sebagai kecemerlangan besar dari segi teknologi perfileman, pembangunan tayangan 3D dan perfileman stereoskopik dengan penggunaan kamera yang direka khusus untuk penerbitan filem ini.

Tayangan perdana Avatar diadakan di London pada 10 Disember 2009, kemudian dikeluarkan ke pawagam seluruh dunia pada 16 Disember 2009, diikuti di Amerika Utara pada 18 Disember 2009, lalu berjaya menambat hati para pengulas dan penonton filem dengan cemerlang sekali. Filem ini memecah beberapa rekod kutipan pawagam sebaik sahaja mula tayangannya sehingga menjadi filem yang meraih kutipan kasar tertinggi sepanjang zaman, sekaligus mengatasi filem Titanic. (Avatar sebenarnya merupakan filem ke-26 tertinggi kutipannya di Amerika Utara setelah diselaraskan kesan inflasinya.)Berikutan kecemerlangan filem ini, Cameron mengesahkan filem ini akan ada sambungannya..


click pada gambar untuk pembesaran kanak2 dumex... hahha..


Notes: 1 USD = RM 3.39950.. pandai2 la korang convert.. ivanjaya.net.........


6 comments:

Lalola.. said...

yeah.. ade avatar 2.. xsabar2 dah nie..

z said...

nak tiggal komen boleh? hehehehe..

Jaki Jambu said...

cerita nie semua orang wajib tngk. best dowh..

Chaon Cornerz said...

nak tinggalk komen bleh ja.. best jugak cite nie.. rugi la kalo sape yang xtgk..

++***hana zaty**++ said...

betol!~~cite avatar ni sgt la besh!!~~besh sgt..bru tgk smlm..erkk..hehe~

slm knal!~ngeee..klik LG tok kmoo..suke nme caown...hehe

Chaon Cornerz said...

salam kenal.. tak rugi la kalo tgk cite nie.. pasti nak tgk lagi.. hehhe..

Search