Tuesday, February 2, 2010

Surat Khabar Hangat 02022010!!





Apo dah jadi dengan bintang bola sepak Chelsea nie.. Berita pagi ini digemparkan dengan cerita dari London iaitu kapten Pemain Chelsea yang ditinggalkan oleh isterinya.. ishk2.. Kesian.. ape pun jom redah dlu crita nie.. jeng.. jeng.. jeng..


Isteri kapten Chelsea, John Terry, lari ke Dubai bersama anak mereka selepas memberitahunya perkahwinan mereka sudah berakhir.. laporan berita dari Berita Harian..

Toni Poole, 28, mengakui kecewa selepas bintang Chelsea itu mendedahkan menjalin hubungan sulit dengan teman wanita rakan sepasukan England, Wayne Bridge, Vanessa Perroncel.

Poole dilaporkan cuba mencari ketenangan di Dubai dengan membawa anak kembar mereka selepas memberitahu Terry, 29: "Ceraikan saya.".. OMG..




Poole berkata "Dia mahu berfikir mengenai masa depan dan membuat keputusan muktamad selepas pulang. John bersetuju, tetapi dia tiada pilihan kecuali menerima keputusan isterinya," kata sumber itu.

Rakan Poole memberitahu akhbar The Sun, Terry yang menang anugerah 'Bapa Contoh 2009' berasmara dengan Perroncel dua kali seminggu selama empat bulan.. Poole membuat keputusan itu selepas media mendedahkan bahawa Perroncel, model baju dalam wanita, menggugurkan kandungan hasil hubungan dengan Terry.

Beliau kemudian membuat keputusan untuk bercuti di Dubai dengan membawa anak mereka, Georgie John dan Summer Rose serta ibunya, Sue.

Poole juga menimbang untuk mendapatkan khidmat peguam terkenal, Fiona Shackleton untuk mendapatkan sebahagian harta Terry.

Kapten Chelsea itu dipercayai mempunyai pendapatan lebih £8 juta (RM43.2 juta) setahun, termasuk £170,000 (RM918,000) seminggu.

Selain itu, Terry juga mempunyai dua kediaman dan beberapa kenderaan mewah, perjanjian penajaan daripada firma termasuk Umbro, Samsung dan Nationwide.. Abis la lu Terry.. hahha.. sekian saja drama sebak pada pagi nie.. sehingga berjumpa lagi.. Adios..


4 comments:

Unknown said...

jgn campur hal rumah tangga org..hahaha

Chaon Cornerz said...

hahha.. nasib dia la.. sapo soh aku kenal dia.. khakah..

Jaki Jambu said...

xpe.. chelsea tetap yang first.. yeah!!

Chaon Cornerz said...

xjauh dah chelsea n MU.. besok chelsea nk kena titik plak ngan Arsenal..

Search