Selamat Datang ke Cha'on Zone
Assalamuaikum dan Salam sejahtera semua. Pada hari ini Enche Cha'on ingin menceritakan tentang kisah peribadi. First time rasanya Enche Cha'on menulis entri peribadi. Masing-masing mesti ada pasangan pilihan sendiri kan..? Bagi Enche Cha'on, wanita pilihan Enche Cha'on sekarang adalah memenuhi syarat yang dikehendaki. Untuk melihat ulasan yang seterusnya berkaitan kisah peribadi Enche Cha'on. Teruskan membaca...
Gambar hiasan sumbangan Google
Enche Cha'on mengambil masa yang lama untuk berfikir terutama tentang kehidupan. Reader2 sekalian macam mana pula..? Berfikir panjang tak bermaksud kita ni lambat. Ini bertujuan kita lebih memikirkan apa yang akan terjadi, mungkin terjadi dan seharusnya terjadi dikemudian kelak. Enche Cha'on tak nak la menyesal dikemudian hari.
Detik-detik percintaan bermula pada 11 April 2007. Lokasi penggambaran di Stadium Melawati Shah Alam berhadapan dengan Go Kart. Waktu itu terasa sangat berdebar. Mana nak tau kan kot-kot kena reject ke. hahha.. BTW, Enche Cha'on pasti akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Yang penting jangan cepat menyerah kalah. So, terkeluar la ayat nie dari mulut Enche Cha'on...
"Sudikah tuan puteri menerima Enche Cha'on sebagai pasangan dan teman hidup?"
Erkk.. pastu Enche Cha'on malu-malu sebab ayat skema terkeluar dari mulut.. hahha.. Dah la kena gelak. Sabar je la.. Perasaan puas hari bila mendengar jawapan "YA".. Perasaan gembira yang teramat sangat waktu tue. Alhamdulillah, Enche Cha'on diterima jugak. Name panggilan untuk buah hati Enche Cha'on ialah "CINTA". Dah ada orang guna name panggilan nie tak? mesti takda kan..? hahha..
Sekarang, dah lebih 3 tahun pun kita orang kapel.. Banyak detik manis suka duka yang dah dilalui. Kalau gaduh-gaduh tu biasa la kan, orang yang dah berkahwin pun pasti bergaduh jugak. Tapi macam pelik la pulak kan, kalau jalan-jalan kemana-mana pun pasti orang lain akan tengok kita orang, muka sama ke..? macam kenal ke..? kalau kenal tegor la. Nie tak, pandang-pandang. Ada Hutang kot.. hahha..
Waktu happy sama-sama memang best kan. Owh, terasa sweet sangat-sangat. Tapi, bila gaduh pula macam-macam ayat terkeluar dari mulut. Perghh..!! tak sengaja ok.. Emosi diganggu, perasaan dicabar, kesabaran diuji dan waktu tu memang kekuatan mental sangat-sangat diperlukan. Hmm.. nie je la serba sedikit cerita tentang kisah kitaorang.. Terima kasih kerana membaca..
Nota:
- Gambar sumbangan Google
Sekian~
0 comments:
Post a Comment