Thursday, May 13, 2010

Jelajah Pulau Pinang..!!



Selamat Datang ke Cha'on Zone


Sememangnya banyak tempat-tempat percutian di Malaysia. Rata-rata pasangan individu, keluarga mahupun pasti merancang dulu percutian sebelum ke destinasi masing-masing. Yelah.. mesti la kena ada hala tuju kan.. Kang tetiba pergi bercuti tak tahu mana tempat yang kita nak melawat. Sebaiknya cuba Google dulu.. Segment kali ini Enche Cha'on buat untuk merancang percutian semasa berada di negeri Pulau Mutiara. Untuk mengetahui ulasan lebih lanjut, Jom terjah..!!


Welcome back home Enche Cha'on..!!


Tujuan utama Enche Cha'on ke Pulau Pinang Pulau Mutiara ini adalah untuk menyertai "Rugby Friendly Match" yang bertempat di Padang Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) atau lebih dikenali dengan nama SokSek.. Aktiviti nie lebih kepada "Reunion" la. Dah lama tak jumpa dengan kawan-kawan masa di sekolah dulu. So, dengan adanya aktiviti ini sekaligus Enche Cha'on dapat juga melihat persekitaran sekolah yang dah lama ditinggalkan. Dengar-dengar cerita, dah macam-macam perubahan dekat situ..



Invitation untuk Rugby Friendly Match


Dah lama tak jejakkan kaki kat Penang. Lebih kurang 2 tahun kot. lama jugak kan..? Tu pun sejak berpindah ke kajang 2 tahun lepas.. Banyak jugak tempat nak kena melawat. Kalau tak, rugi la nanti pergi sia-sia pulak.. Banyak nak kena rancang nie, dalam masa empat hari, macam-macam boleh buat kan.. Untung la 4 hari, kalau terlajak sampai seminggu..? hahha.. Disini Enche Cha'on Buat list serba sedikit apa yang ada di Pulau Mutiara..

Makanan

Sememangnya banyak makanan yang sedap-sedap di Pulau Pinang. Pernah cuba makanan "Nasi Beratoq"..? sekali cuba pasni nak lagi. Kalau tak percaya, jom pergi sama-sama. Selain itu, ada jugak Char Koey Teow sedap dekat Penang nie. memang terkenal pun kan Char Koey Teow dekat Penang. Sekarang nie pun dah merebak keseluruh tempat. Tapi yang paling sedap dekat Penang la. Kalau pembaca-pembaca tak percaya, Apa kata singgah di Bukit Mertajam, berhampiran dengan The Summit. Selalu jugak pergi makan-makan dekat situ. Selain itu, dekat Sungai Dua (Buterworth) dan Seberang Jaya pun sedap jugak.

Waktu operasi dari jam 1 sampai jam 5 pagi. Kedai Nasi tomato bayan baru. Sape pernah cuba..? Memang sedap nasi tomato tue. Kalau sape yang datang lewat-lewat tu mungkit tak berkesempatan nak menjamu selera. Cepat sangat habis sebab disitu memang selalu dikunjungi ramai. Sudah lama rasanya tak makan laksa, laksa Penang memang sedap.. Kali nie terasa, nak pergi makan di "Kepala Bukit". Enche Cha'on sendiri dah pernah makan disitu. Sebenarnya banyak lagi makanan-makanan yang sedap dan lazat di Pulau Mutiara ini. Kalau nak cuba semua mesti tak sempat. Banyak lagi tempat yang nak kena melawat.

Lawatan

Banyak tempat yang Enche Cha'on nak melawat. Antaranya termasuklah Sekolah rendah di Nibong Tebal, Rumah kawan-kawan Enche Cha'on, Ambil angin di Gurney (tempat melepak) dan masuk sekolah balik (hahha..) dan rumah mak angkat. sempena hari ibu kan.. tapi tak prepare hadiah pape pun nie.. Dah lama tak melawat kawasan Nibong Tebal.. Apa khabar orang disana..? apa perkembangan disana..? Owh.. sesungguhnya Enche Cha'on pun tak tau..


Hiburan

Kalau asyik Berjalan je bosan jugak kan kalau tak ada hiburan. Seronok jugak kalau dapat karaoke dekat sana. Pilihan lagu pun banyak. Kalau dulu-dulu Enche Cha'on suka pergi karaoke di Bandar Perda, Taman Ciku dengan tempat berhampiran dengan USM tue.. alahai.. lupe la Plak.. Macam-macam lagu ada dari zaman dahulu kala sampai la lagu yang terbaru ni. Cepat betol pemilik-pemilik karaoke ni update kan. Nak lagu apa..? Pilih sahaja.. mesti ada..!!


Perkhelahan

Batu feringgi sebagai destinasi perkhelahan Enche Cha'on. Selalunya kalau ada reunion, ramai-ramai akan berkumpul. Pastu buat BBQ dekat pantai Batu Feringgi tue. Waktu dulu-dulu selalu jugak Enche Cha'on lepak situ. maklumlah rumah member tepi pantai. memang best la lepak-lepak kan. lagi pun mak kawan Enche Cha'on tue memang "sporting".. Siap pesan lagi, "rajin-rajin la datang melawat makcik". Terharu pulak dengar..




Jom Boria Sekejap..

kalau naik feri kena masuk ikot jeti..
kalau ramai kawan masuklah ikot jambatan..
Cuma hidung mancung bukan semua pelancong..
Combi anak tanjung anak mami dok jelutong..

Pakat mai sini.. Pulau Pinang menanti..
Baru Feringgi Padang Kota.. Naik Beca Pusing Komtar..


Banyak lagi tempat-tempat yang Enche Cha'on nak melawat dan pergi jalan-jalan.. Antaranya Queens Bay Mall.. bukan nak masuk Mall sangat pun, tapi nak jalan-jalan tepi laut.. menikmati keindahan alam. Cantik pemandangan dekat sana.. Sekurang-kurangnya dapat juga lepas geram Enche Cha'on dekat KL nie.. Secara keseluruhannya, memang banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Semoga Enche Cha'on selamat pergi dan pulang.. Amin~


Sekian

0 comments:

Search