Apa Yang Aku Tak Buat Sebagai Tajuk yang dipilih.. Entri ini adalah kesinambungan daripada entri bahagian 1 di link ini.. Mana-mana reader yang terlepas tue korang boleh tengok dekat link tue.. Untuk bahagian ke-2, Enche Cha'on ingin bercerita tentang "Mencuri, Merompak, Menyamum".. Inilah hasil-hasil kerja orang yang tak bertamadun dan tiada hala-tuju dalam kehidupan.. last-last kena masuk penjara jugak.. Padan muka korang..!!
Seperti yang kita semua sedia maklum, mencuri nie adalah berdosa besar..Sesiapa yang melakukan kegiatan mencuri patut dikenakan hukum hudud.. Baru nak sedar kot kan.. Salah satu sebab hukum hudud nie dijalankan adalah untuk menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."(Surah Al-Ma'idah: 38)
Keta mahal-mahal tapi tayar kene curi.. kesian..
Takut tak dengan hukum hudud nie..? Insaf-insaf la.. Lagipun kegiatan macam nie tak memberi macam faedah pun.. Kadang-kadang tue, sampai susah nak percaya kawan sendiri.. Takut-takut jadi kawan makan kawan.. Tau kita ada barang berharga seperti laptop, kasut, jam, handphone dan macam2 lagi.. Jangan ingat kes curi baju tak ada.. Sebab apa curi baju..? takda baju ke..? takda duit nak beli baju ke..? atau mungkin design baju orang tue cantik kot.. So orang tue pun jeles la..
Ada satu kes waktu Enche Cha'on menjalani kehidupan sebagai warga Sekolah Berasrama Penuh.. Nie pasal kes curi handset.. Ada la sorang mamat nie kan, muka nampak je baek, rajin dan agak pendiam.. Dia jarang bercampur dengan geng-geng kita orang sangat.. Apa yang Enche Cha'on nampak kat dia adalah baek sebelum kejadian kes curi nie berlaku.. Enche Cha'on dengan geng-geng otai yang laen pun serbu bilik dia selepas ragu-ragu dengan tingkah laku dia.. Lepas tue memang sah la dia yang curi..!! nak tau tak kat mane dia sorok enset tue..? penah pakai beg galas tak macam budak-budak sekolah tue tak..? hahha.. korang tau kan, kat dalam beg tue bahagian bawah sekali kadang-kadang ada lapik dengan benda keras kan.. dia sorok kat bawah tue la.. ishk2.. Apala nak jadi nie.. ape ko hingin sangat dengan handset Nokia 3310 tue..? Plek betol.. Enche Cha'on dengan tidak sengajanya open table belasah dia.. geram gila weh.. memang tak boleh nampak orang mencuri nie.. Sebab kes nie ramai yang kena soal siasat dengan Enche Polis.. Kita orang sekadar memberi nasihat dan nak sedarkan dia je.. hahha..
Macam-macam la kes curi sekarang nie. Pada pendapat Enche Cha'on, ia akan menjadi semakin berleluasa kalau kita tak banteras.. Tak elok kalau makan duit curi nie.. haram tau tak..!! Cubalah cari kerja yang halal.. Bukan tak banyak peluang pekerjaan sekarang, cuma sesetengah orang tue je memilih.. tambah pulak malas nak kerja.. tak boleh pakai betol orang macam nie.. BAwah nie ada sedikit tips keselamatan dari Enche Cha'on..
Tips keselamatan:
- Jangan amalkan sikap meletakkan barang2 berharga seperti handphone dan dompet diatas meja makan semasa dikedai makan.. kadang-kadang sembang sampai tak sedar barang dah hilang..
- Untuk wanita, berhati-hati dengan peragut ketika berjalan.. Pastikan berjalan mengikut arah bertentangan.. Senang nak nampak orang.. Sekurang-kurangnya boleh jugak bersedia..
- Untuk family yang selalu bercuti dan makan angin, pastikan jiran-jiran sebelah rumah korang tau korang takde kat rumah untuk tempoh waktu tertentu.. Selain tue, korang jugak boleh buat laporan ke balai polis supaya senang untuk Abang-abang waja nie nak ronda..
- Pastikan kenderaan anda berkunci.. Yang ada alarm tue pasang la.. Kalau orang laen dengar pun dorang boleh tolong.. Ada jugak yang kadang-kadang lupa..!! hahha..
- Sesiapa yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak yang masih kecil.. Bagi je la ape yang budak-budak tue nak kalau dah teringin sangat.. Nanti kang bila dorang dah teringin sangat pastu tak dapat, mula la dorang cari alternatif laen (curi) untuk dapatkan jugak barang yang dorang nak.. Jangan terlalu amil mudah dengan perkara-perkara seperti ini..
Sampai disini saja Entri tentang Apa Yang Aku Tak Buat (Part 2)..!! Apa yang Enche Cha'on tak buat korang pun jangan buat OK.. hahha.. paksa-paksa korang..!! Nantikan kemunculan Entri Apa Yang Aku Tak Buat (Part 3)..!! pulak lepas nie..
p/s: Gambar hiasan sumbangan Google..
p/s: Kepada Nadiah Zulkifli, sila promote Blog Oren nie dekat Astro ok.. hahha..
p;s: Majulah sukan untuk rumah merah.. wakkaka..
Sekian..
0 comments:
Post a Comment