Wednesday, July 21, 2010

Kemahiran Hidup..!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca belog Cha'on Zone ini. Dalam tak sedar kita telah banyak menempuhi dugaan dan rintangan walaupun terpaksa. Walaupun pahit tetap ditelan jua kan. Tapi sedarkah kita akan ke pentingan kemahiran dalam kehidupan seharian kita. Apa yang Enche Cha'on ingin ketengahkan bukanlah tentang subjek yang dipelajari semasa di sekolah menengah dulu. Tetapi ia boleh digunapakai semasa kita dalam proses pembesaran (matang).



Gambar Hiasan (google)

Kita sebagai manusia biasa tidak akan terlepas dari membuat kesilapan. Cuba kita bayangkan hidup ini ibarat roda yang berputar. Ingatlah bahawasanya kita takkan sentiasa berada diatas dan bila-bila masa juga kita boleh berada dibawah. Di era globalisasi ini, macam-macam perkara boleh berlaku. Manusia tidak putus-putus untuk mengejar kekayaan. Ingin diingatkan disini, kekayaan didunia tidak menjamin apa-apa di akhirat kelak melainkan amalannya.

Banyak yang kita perlu pelajari dalam aspek kehidupan seharian kita. Apa yang ingan Enche Chaon ketengahkan adalah kemahiran dalam kehidupan. Beberapa ciri yang saya kenalpasti dan ingin kongsi dengan rakan-rakan semua adalah seperti berikut:

  • Berdikari
Berdikari bukan bermaksud kita lari dari semua orang (termasuklah family) tetapi jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Rasa kecewa, rasa hampa bila kehendak kita tak dituruti akibat selalu bergantung kepada orang lain. Pada waktu yang sama, kesedihan menjadi teman kita untuk suatu masa yang kita tidak ketahui. Pasti kita tidak mahu semua ini terjadi. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, tindakan dan perlakuan kita perlulah bergantung kepada diri sendiri. Selagi ada usaha yang berterusan pasti kita boleh capai apa yang kita kehendaki.


  • Komunikasi
Salah satu aset penting dalam kemahiran hidup dengan komunikasi. Tak kira dimana jua kita berada kita akan sentiasa berdepan dengan masyarakat. Bagi menjaga keharmonian dalam sesebuah masyarakat, komunikasi adalah penting. Komunikasi yang saya maksudkan adalah melalui percakapan, cara bergaul dan "body language". Bila kita bijak menggunakan kata-kata pasti ramai yang akan suka mendengar dan sekaligus membuat orang senang dengan kita. Malah lebih ramai ingin mendekati kita.


  • Kreatif
Seiring dengan tema hari belia iaitu Belia Kreatif Pemaju Pembangunan Negara. kerajaan menggalakkan remaja-remaja berfikir dengan lebih kreatif malah menghasilkan remaja-remaja yang lebih berkualiti dari pelbagai bidang. Cuba kita lihat jauh kehadapan. Jika hari-hari kita asyik melakukan aktiviti yang sama sahaja semestinya membosankan. Bukan untuk diri sendiri malah untuk orang sekeliling dengan kita jugak kan.

Kesimpulannya, kemahiran hidup perlu untuk kita disamping dapat meningkatkan mutu kehidupan seharian kita. Tanpa mengenal erti putus asa dan sering berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Sampai disini sahaja entri Enche Cha'on pada kali ini. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.


Sekian~


p/s: Ternampak kat iklan TV1 tadi pasal Liga Remaja Kreatif. Nie untuk pelajar2 sekolah sahaja. buat satu video kreatif bertajuk "Jalur Lebar Untuk Satu Malaysia. 3-7 minit. 1 jun -1 ogos.
p/s: Sebenarnya banyak lagi nak tulis.. tapi nanti boring plak kan baca banyak2..



0 comments:

Search