Selamat Datang Ke Cha'on Zone
Asssalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung Cha0n Zone. Harap-harap rakan-rakan sekalian tidak bosan dengan hasil penulisan yang tak seberapa ini. BUKAN SALAH AKU sebagai tajuk untuk entri pada kali ini. Walaupun telah banyak cerita telah didengari, akan tetapi Enche Cha'on tertarik untuk menulis isu yang berkaitan dengan hal ini. Hal ini semakin hari semakin berleluasa walaupun telah banyak langkah yang diambil.
Gambar Hiasan Sumbangan Google
Disini bukan Enche Cha'on nak besar-besarkan cerita akan tetapi kita semua perlu ketahui bahawasanya ini memang BERDOSA BESAR. Sememangnya perbuatan berzina ini tidak memberi sebarang faedah pun malah penyakit-penyakit mudah dijangkiti. Hal ini berlaku dalam diri individu itu sendiri. Perasaan ingin mencuba ada dalam diri terutamanya bagi golongan yang belum berumah tangga. Sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk kepuasan nafsu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Enche Cha'on pasti ramai yang tengok berita TV3 semalam, dimana ada satu kes "Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat di Perhentian Bas" dijumpai. Salah siapa semua nie? kenapa tidak mahu tanggungjawab? Kesian!. Baby yang tak bersalah menjadi mangsa. Bagi saya orang macam inilah yang tidak berhati perut. Sedangkan haiwan pun tahu nak sayangkan anaknya inikan pula manusia. Yang mempunyai akal untuk berfikir, hati untuk menyayangi dan tingkah laku untuk dicontohi. Tapi malangnya semua ini tidak bermakna untuk orang yang takda otak macam nie kan.
Kalau nak cari tempat-tempat yang selamat untuk beromen, cara-cara nak bagi kuat tenaga batin, cara-cara nak puaskan nafsu lelaki/perempuan, pengalaman melakukan seks pertama semuanya tak ada disini. Tapi boleh pula orang-orang yang tidak bertanggungjawab nie berfikir persediaan semua nie. Tentang kelahiran bayi luar nikan dan masa depan bayi luar nikan nie mesti tak terlintas langsung dalam kepala otak kan. Bila dah jadi macam nie semua tak mahu mengaku salah dan tanggungjawab.
Di kalangan remaja-remaja di Malaysia kini, tak dapat dinafikan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru itu ada dalam setiap diri masing-masing. Tambahan pula perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan hukum agama. Kekuatan dan pegangan agama penting supaya nafsu tidak menguasai diri kita. Sampai Disini sahaja entri Enche Cha'on pada kali ini. Ada masa kita jumpa lagi. Terima kasih atas kesudian semua untuk meluangkan masa disini.
Sekian
0 comments:
Post a Comment