Friday, October 15, 2010

Kekanda Adinda (Youtube) Dengan Lirik | Atilia & Monoloque

Welcome To Orange Club

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Diharapkan semua sihat dan gagah-gagah perkasa. hahha.. Mode muzik. Muzik retro kini semakin hari semakin menarik minat pendengar bagi rakyat Malaysia. Yang pastinya banyak stesen-stesen radio sering memainkan muzik seperti ini. Sebagai contoh lagu Sungai Lui oleh Aizat, Kalau Berpacaran dan banyak lagi. Kalau nak list nanti meleret-leret plak kan. hahha..

Disamping mendengar muzik, penghayatan lirik juga penting. Dalam setiap lagu pasti membawa maksudnya yang tersendiri. Jika dilihat di dalam dunia muzik sekarang, penulis lirik lebih banyak menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap lagu yang diciptanya. Ada yang memberi pengajaran dalam kehidupan dan yang banyak sekali tentang cinta. hahha..

Monoloque & Atilia





Lirik Lagu Kakanda Adinda - Atilia & Monoloque



Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini
Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera

Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yg mana satu?

[Duet] 
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa,
Itu yg Dinda harus berwaspada,

Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya?
Kanda kerja malam,
Dinda kerja siang,
Jadi bila nak bertemu?

[Duet]
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

[Duet]
Bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
Kanda polar kutub Utara,
Dinda kutub Selatan

[Duet]
 Komunikasi, sikap toleransi! 
Itu yg kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dgn cara masing2
Kanda yg Perdana,
Dinda yg Utama
Kanda sgalanya
Dindalah Nyawa

[Duet] 
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama slamanya,
Bahagia slama- lamanya!


Lagu ini mendapat tempat dihati penonton. Buktinya anda boleh lihat dalam carta Hot FM lebih hangat daripada biasa mendapat tempat tempat ke-3 dalam carta Hot FM Tiga Puluh. Selamat menghayati lirik lagu ini. Sampai disini sahaja entri pada kali ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Jumpa lagi pada entri akan datang.


Sekian~

0 comments:

Search