Monday, October 11, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang



Welcome To Orange Club


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung belog oren ini. Diharapkan semuanya sihat dan dapat melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Semoga hari ini menjadi permulaan yang baik untuk anda semua. Amin. Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada yang lahir pada 11 October dan termasuklah kepada yang lahir dari bulan Januari sehingga Disember. 



Gambar Hiasan

 Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Apa yang anda fikirkan tentang bila tibanya hari lahir terutamanya untuk orang-orang tersayang? Yang pastinya anda pasti tidak mahukan suasana suram dan pastinya hari lahir akan disambut setiap tahun bagi memperingati hari-hari dan detik bersejarah dalam hidup anda. Antara beberapa cara sebagai tanda memperingati hari lahir insan kesayangan anda adalah seperti berikut:

  • Ingat Tarikh Lahir

Hari bersejarah ini pasti diingati dan adakalanya kita terlupa kerana kesibukan yang melanda anda. Jadi bagi mengelakkan terlupa, anda boleh tanda pada kalender ataupun henset sebagai peringatan. Pasangan anda pasti tersenyum lebar bila hari lahirnya diingati tambahan pula anda orang yang pertama memberi dedikasi/ucapan pada tarikh kelahiranya pada hari tersebut.

  • Ayat-Ayat Romantis

Contoh ayat-ayat romantis tiada disini. hehhe.. Tapi sy percaya ramai yang mempunyai ciri-ciri romantis dan mampu menggunakan kata-kata manis untuk menghiburkan pasangan, kawan ataupun teman. Biarlah mereka berasa senang dihari lahir. Kita juga pasti merasa gembira bila pasangan kita gembira. Kan? 

  • Hadiah Hari Lahir

Jangan jadi kedekut untuk sediakan hadiah hari lahirnya. sy pernah dengar tentang kadang-kadang memberi sesuatu (hadiah) boleh menjamin kebahagiaan sesetengah pasangan. Apabila pasangan anda menerima hadiah dari anda pasti sidia tersenyum lebar. Tak perlu terlalu mahal dan yang penting pemberian anda ikhlas.

  • Melawat Tempat Indah
Luangkan sedikit masa untuk bersama pasangan anda di waktu hari lahirnya. Ada juga pasangan yang inginkan anda untuk bersama dihari kelahiranya. Mungkin anda perlu ambil inisiatif untuk mencari tempat-tempat yang indah dengan suasana yang romantis. Sememangnya Malaysia memang banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan dilawati. Tapi awas! jangan duduk di tempat gelap. hahha.

  • Majlis Sambutan Hari Lahir

Banyak cara untuk membuat majlis sambutan hari lahir ini. Bagi sy, cukuplah sekadar membuat Majlis doa selamat untuknya sebagai tanda memperingati hari lahirnya. Tak perlu buat majlis yang besar-besaran. Tapi jika anda mempunyai pendapatan lebih, nak buat besar-besaran pun bagus juga. Hahha.. 

Jika anda seorang yang prihatin dan mengambil berat tentang pasangan anda, anda harus lakukan sesuatu supaya dirinya rasa dihargai dan diingati selalu. Ini dapat memberi kegembiraan kepada pasangan anda sekaligus dapat mengelakkan pertelingkahan yang boleh menyebabkan kucar-kadir dalam kehidupan berpasangan. Merajuk, marah, terasa hati, sepatutnya perkara sebegini tidak perlu terjadi di hari yang bermakna ini.

Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan. Berkawan biar beribu berjuta tapi bercinta biar 1 (seorang). Dalam yang beribu itu kita tak perlu lupakan dan sekurang-kurangnya ucapkan kata "Selamat Hari Lahir Kawan" supaya kawan kita rasa diingati. Walaupun kadang-kadang ada juga yang lewat untuk mengucapkan kata tetapi ia cukup untuk membuatkan anda tersenyum. 2-3 hari takpe la jugak. Kalau dah 2-3 Minggu? hahha..

Sekian~

0 comments:

Search