Saturday, November 13, 2010

Rancangan 8TV | Shout! Awards 2010 Kini Kembali



Welcome To Orange Club 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini sy sediakan info berkenaan dengan Shout! Award 2010. Shout! Awards ini adalah kali ke-2 yang akan diadakan. Bagi yang pernah melihat acara yang berprestij sebegini, anda semestinya teruja untuk melihat siapa yang bakal menerima awards pada kali ini.

Untuk pengetahuan umum, Shout! Awards ini merangkumi sektor Muzik, TV & Filem dan Radio tanahair, Shout! Awards 2010 merupakan sebuah rancangan majlis anugerah yang memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada mereka yang sentiasa menyumbang kepada idea-idea kreatif dan memberi impak besar kepada industri hiburan Malaysia. Tanpa penghargaan dah pengiktirafan, industri hiburan kita tidak akan berkembang. Kan?




Shout! Awards 2010 voting



Shout! Awards 2010 akan disiarkan secara LIVE dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara ekslusif di saluran hip 8TV. Majlis ini akan dimulakan dengan acara karpet ungu yang membariskan personaliti dan artis-artis popular tanahair. Pemenang-pemenang Shout! Awards 2010 akan dipilih menerusi undian sms dan online yang telah dibuka dari 18 Oktober 2010 hingga ke 19 November 2010. Untuk mengundi finalis-finalis kegemaran anda sila layari www.shoutawards.com.my atau SMS undian anda ke SHOUT dan hantar ke 33399.

Sebagai pembuka tirai kepada acara berprestij ini, Shout! Awards 2010 akan menemui peminat-peminat saya semua dalam satu siri jelajah di bandar-bandar berdekatan anda. Inilah satu-satunya peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan calon-calon, barisan penyampai dan artis-artis yang bakal membuat persembahan. Siri jelajah Shout! Awards 2010 telah ke beberapa lokasi sebelum ini seperti Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur dan Mahkota Parade Melaka. 

Destinasi seterusnya ialah The Curve, Mutiara Damansara pada 13 November 2010 dari jam 1.00 hingga 3.00 petang dan anda berpeluang beramah mesra dengan Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna. Jangan ketinggalan! hahha. Pastikan anda berada di setiap lokasi siri jelajah Shout! Awards 2010 kerana ini merupakan satu-satunya peluang anda beramah mesra dengan artis-artis popular tanahair.

Selain itu, tiket-tiket ini boleh dimenangi dengan menonton 8TV Quickie atau menerusi rakan media Shout! Awards 2010 iaitu HotFm, Fly FM, Suria Fm dan Red FM. Anda juga berpeluang memenangi tiket-tiket ini dengan menyertai peraduan-peraduan di majalah-majalah dan akkhbar harian. Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang atau layari laman sesawang Shout! Awards 2010 Facebook Fan Page.

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Power Vocal Award, Flava Award, Rockstar Award, Favourtie TV Host, Best Onscreen Chemistry Award dan banyak lagi, sememangnya anugerah yang ditunggu-tunggu oleh khalayak. Edisi kedua kembali untuk memberikan ruang dan platform bagi bakat-bakat kreatif terus diiktiraf sekaligus menjadi pemangkin supaya mereka terus menyumbang idea kreatif mereka kepada industri hiburan tanahair.

Sekian~

0 comments:

Search