Friday, November 5, 2010

Muzik-Muzik 25 | Senarai Lagu yang Layak Ke Semi Final



Welcome to Orang Club


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Selamat bercuti kepada rakyat Malaysia sempena cuti Raya Deepavali. Kepada yang tak dapat cuti tue, jangan risau. Pasti anda dibayar dengan gaji yang lumayan. Yeah! sudah pasti. Walau apa pun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. hahha. Berbalik kepada entri pada kali ini. Sy sediakan senarai lagu yang layak untuk ke Separuh Akhir Muzik-muzik ke 25. 



Muzik-Muzik ke 25


Ops! Sebelum itu, ada sedikit informasi berkenaan dengan Muzik-muzik ini. Sebanyak 30 lagu yang berada di tempat terbaik dalam carta mingguan sepanjang tahun 2010 telah pun disenarai pendek hasil daripada undian penonton. Siaran langsung untuk separuh akhir pula akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 8 November, 15 dan berakhir pada 22 November. Kesemua artis yang terlibat pula telah pun mencabut undi untuk giliran masing-masing pada sidang media itu


Senarai Lagu Yang Layak ke Separuh Akhir

Lagu                                          Penyanyi / Pencipta Lagu / Penulis Lirik

1. Inilah Cinta                             Akim/Akim/Akim

2. Sejujur Hatimu                       Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor

3. Sofea Jane                            Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril

4. Kau Harus Ada                      Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

5. Adrenalin                               Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

6. Tika Masanya                        Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan

7. Gerak Hati                             Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light

8. Pelita                                     A.P.I / Loque / Loque

9. Cinta Sempurna                     Yuna / Yuna / Yuna

10. Nadiku                                 Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus

11. Tolong Ingatkan Aku            Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali

12. Ku Ada Kamu                      Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

13. Manifestasi Cinta                 Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana

14. Hanyut                                  Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

15. Jahat                                    Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

16. Cinta                                    Mohd / Iswandy / Iswandy

17. Kebahagiaan                       Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim Dalam Perpisahan

18. Mencari Konklusi                 Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

19. Selamat Malam                   Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

20. Drama King                         Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

21. Hujan Bunga                       Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali Di Kuala Lumpur

22. Extravaganza                      Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface

23. Oh Juwita                            Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense

24. Menggegar Dunia               Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

25. Susun Silangkata               Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas

26. Cinta Kosmik                      The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler

27. Realiti Dewi                         Alyah / Omar K / Zel Firdhaus

28. Noktah Cinta                       Hafiz / Ajai / Shah Qalam

29. Berlari                                 Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok

30. Bersamamu                        Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief /Koko & Yaheed


Banyak lagu-lagu yang menarik telah tersenarai dan pastinya atas undian anda semua. Di ingatkan disini bukan bank untuk lirik lagu, video, youtube dan juga MP3 untuk lagu-lagu yang tersenarai diatas. Jika anda ingin mencari informasi tentang lagu-lagu diatas anda boleh mendapatkan perkhidmatan Google. hahha.

Jadi, jangan lupa saksikan separuh akhir Muzik-Muzik yang pasti menjanjikan satu persaingan yang sengit dan bakal menghangatkan lagi arena muzik tanahair. Tentang Lagu yang bakal bertanding, penyanyi mana pula yang akan ke pentas ANUGERAH JUARA LAGU 25. sama-sama kita nantikan.hanya di TV3.

0 comments:

Search