Friday, September 9, 2011

Muhasabah Diri | Banyak Ketawa Hati Mati


Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat hari Jumaat dan pastinya hari gembira bagi saya kerana esok cuti.. Hahha.. Salam 1 Malaysia, suka dan  duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan penderitaan dan penyeksaan. Manakala ketawa selalunya jadi menifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama shumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan islam. Menyingkap sirah Rasullullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah. Allah menempelak sebahagian munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan.


Gambar Al-Quran ini diperolehi hasil daripada pencarian di laman Google.


Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud. Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan. (at-Taubah:82). Jelas daripada mafhun ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semulajadi. Tetapi islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu matikan hati (riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)". Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu manfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiaraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Sekali lagi diingatkan bahawa islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semulajadi tercipta.

14 comments:

Mario said...

perghhh...hari jumaat ada tazkirah...makin bagus ni...klu nak main seo kena update hari2 weh...hehe

Chaon Cornerz said...

macam tak sempat je nak hapdate hari2.. balik keje pun dah lewat.. hahha..

kech hidayah said...

alhamdulillah..dah dapat hidayah..tiru mcm saya.ketawa tak keluar suara.haha..senyum sudah..walaupun gigi jarang,jgn malu utk senyum..hehe =)

Chaon Cornerz said...

Kech :
hahha.. baru je lepas beraya kan? kan? gigi jarang tue kan manis.. hahha.. jeles lettew..

Anonymous said...

Alhamdulillah, beringat-ingatlah kita wahai sahabat supaya menjaga tingkah laku.

Chaon Cornerz said...

Anon:
Mudah2han kira beringat.. =)

yusenze said...

dah hang buat lawak weh.. camana aku x ketawa.. hahha..

Bagus on, sekali sekala kasi muhasabah diri sendiri & kwn2..

wachak said...

Jangan layan citer lawak bebanyak dekat TV

Chaon Cornerz said...

Yusenze:
ok.. lepas nie nak ketawa kita pakat tutup mulut weh.. Saja la nak buat peringatan.. bukan untuk aku saja.. untuk kawan2 jugak..

Chaon Cornerz said...

Wachak:
betol tue wachak.. sekarang makin hari makin banyak je cite part2 yang lawak nie..

S..U..D..@..I..S said...

kna kureng sket tengok maharaja lawak ya chaon

Chaon Cornerz said...

S..U..D..@..I..S:
itu la.. maharaja lawak memang banyak unsur-2 yang boleh buat kita ketawa.. tgk la jugak.. tapi kurang kan je.. =)

LadyBird said...

Chaon... :).. jarang lady bc entry mcm ni kat blog Chaon.. Syabas.. artikel yg menarik.. penuh pengajaran :).. Lady baca ptg khamis.. esok Jumaat.. :)

Chaon Cornerz said...

LadyBird:
Ikut hari dengan ikot mood jugak.. =) takpe ladybird, article2 macam nie tak expired.. hehhe..

Search