Monday, September 12, 2011

Tips - Penjimatan Minyak Yang Maksimum oleh MPC



Welcome To Orange Club

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pasti ramai yang tertanya-tanya akan cara untuk penjimatan minyak kenderaan anda. Ramai yang mahukan penyelesaian berkenaan penjimatan minyak. Jika dilihat pada hari ini, jalan raya sentiasa sesak dengan kenderaan. Ini adalah salah satu sebab minyak kenderaan anda cepat habis. Kadang-kadang,sesetengah daripada kita nak pergi kerja pada waktu pagi terpaksa beratur panjang disebabkan kesesakkan lalu lintas. Ia amat merimaskan dan kadangkala perbelanjaan bulanan kita habis hanya untuk mengisi minyak kenderaan sahaja. Kan?


Gambar Kesesakan Jalan Raya Di Sekitar Kuala Lumpur

Alat penjimatan minyak semakin menjadi kegilaan bagi pengguna bermotor dari pelbagai jenis model dan kapasiti. Saya ada terbaca dalam satu keratan akhbar berkenaan dengan alat penjimatan minyak yang saya sendiri belum pasti akan tahap penjimatan setelah menggunakannya. Hahha.. Max Power Controller atau lebih dikenali sebagai MPC telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar, pengedar dan pemasaran RMF Marketing Sdn Bhd. Yang menariknya, syarikat ini dimiliki oleh 3 anak muda bumiputera.

Max Power Controller adalah sejenis alat penjagaan kereta dengan teknologi hijau mesra alam yang mampu menjimatkan minyak dianggap sebagai alat serba canggih dan paling sempurna kerana ianya lengkap dengan fungsi tersendiri yang memenuhi kehendak pengguna. Produk ini dicipta khusus dengan kemampuannya yang luar biasa dalam menstabilkan arus elektrik kenderaan, memantapkan sistem enjin dan menjimatkan pembakaran bahan api. MPC ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan tanpa sebarang kesan sampingan terhadap kenderaan.

Menariknya MPC ini bukan sahaja dapat menjimatkan bahan api sesebuah kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai penstabil voltan yang cekap bagi sesebuah kenderaan. Ia mengatur dan memantapkan sistem kecekapan elektronik (ECU) dari segi pembahagian arus. Ia membuatkan kenderaan yang menggunakan MPC dapat menikmati kelebihan-kelebihan seperti lampu yang lebih terang, tindakbalas enjin yang lebih cepat, melembutkan penukaran gear, mengurangkan tekanan enjin, menambah baik sistem audio, meningkatkan tindak balas RPM walaupun ketika penyaman udara dipasang.

Untuk keterangan lanjut mengenai MPC ini anda boleh melayarai website www.rmfpower.com. Segela keterangan dan maklumat mengenai MPC boleh didapati dari website tersebut. Jika anda pernah menggunakan MPC dan ada pengalaman yang ingin dikongsikan bersama mengenai MPC ini, anda boleh tulis di ruangan komen dibawah. Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi pada entri yang akan datang.

Sekian~

16 comments:

Padin said...

wah dah macam jurujual smartshop aku baca artikel ko ni.. um macam bagus kan? boleh cuba guna nanti, takde testimoni dari kawan2 yang dah pernah guna ke cha'on?

yusenze said...

Bape hengget weh alat nih?? agak2 mampu dak aku nak beli..?? hahha..

Chaon Cornerz said...

padin:
Aku dulu pun juru jual jugak.. tapi tak lama.. hahha.. Ramai orang pakai.. tapi bukan kawan aku.. so aku malas la nak tanya.. ingat kalau ada yang dah penah try boleh share2 kat sini..

Chaon Cornerz said...

Yusenze:
hang mampu kot.. gaji dari blog pun dah ribu riban dah.. lepas hang guna bagitau kat aku weh.. contact 1-700-800-163 kalau hang nak tau harga..

Mario said...

mcm2 produk yg mcm ni ada kat pasaran... dulu2 rg kata klu nk jimat minyak...bubuh ubat gegat je... tak tau la berkesan ke tak...

kech hidayah said...

beli satu untuk i!!

Chaon Cornerz said...

Mario:
kalo ko dah try ubat gegat tue bagitau aku rio.. hahha..

Chaon Cornerz said...

Kech:
beli 1 je? baru ingat nak beli 2.. tak jadi la.. hahha..

Anonymous said...

http://wanwidget.com
jap aku pi melawat webiste dia utk tahu lebih lanjut

Chaon Cornerz said...

Wan85:
Sila-sila.. jangan segan silu nak masuk.. percuma je masuk.. =)

yusenze said...

dlm bnyak2 komen.. komen mari paling best.. wakakkaka...

Chaon Cornerz said...

Yusenze:
mari? sapa mari weh? mari jalan2? hahha.. dia orang lama kot.. mesti banyak pengalaman.. =)

LiFe KaMi said...

masa2 gawat semua benda nak naik ni kena cari alternatif lain utk berjimat..
jimat minyak byk untungnya..mmg patut dipratikkan..

YB said...

ubat gegat xnak bg anak banyak rio...silap topik demo.haha

Chaon Cornerz said...

LiFe KaMi:
Betul tue.. sebelum semua harga naik baik cari penyelesaian untuk jimat..

Chaon Cornerz said...

YB:
hahha.. boleh jugak tue.. aku nak tengok mario buat ke tak..

Search