Welcome To Orange Club
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah masuk bulan ketiga belog ini tidak di hapdate dan dibiarkan begitu sahaja. Lama kan? kan? hahha.. Bukan malas tapi kekurangan idea untuk menulis. Kebelakangan ini banyak perkara yang telah berlaku di dunia realiti. Alam maya pun tak kurang hebatnya kan? Perkara yang baik kita jadikan tauladan dan yang tak elok kita jadikan sempadan dan pengajaran untuk kita.
Kebelakangan ini, rata-rata tempat dilanda hujan lebat ribut petir dan kadang-kadang boleh memudaratkan diri kita. Keadaan kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna. Di hujung-hujung minggu sebegini eloklah jika kita mengambil keputusan untuk berehat dirumah bersama keluarga. Jangan nak main hujan pulak. Nanti demam siapa yang susah? Kepada pasangan yang memiliki anak kecil, jangan biarkan mereka bermain hujan.
Banjir Kilat
Kadang-kadang, apabila hujan lebat tidak henti-henti selama beberapa jam boleh mengakibatkan sesetengah kawasan rendah banjir. Sebagai contoh, di sekitar kawasan perumahan berhampiran saya, Kampung Sungai Serai Hulu Langat sudah dua kali dilanda banjir baru-baru ini. Penduduk yang menggunakan jalan raya dikawasan itu terpaksa menunggu sehingga air surut sebelum dapat melalui jalan raya tersebut. Tapi nasib baik la selepas dua hingga tiga jam selepas itu air mula surut dan kenderaan boleh melalui jalan itu semula.
Tanah Runtuh
Kedengaran bunyi siren dari beberapa buah kereta bomba menuju ke arah pekan batu 14 Hulu Langat selangor. Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dilanda tanah runtuh. Dipercayai 2 mangsa maut ditempat kejadian. Untuk Berita lebih lanjut tentang tragedi tanah runtuh ini anda boleh ke Berita Harian Online Ataupun boleh ke link yang saya letakkan dibawah ini. Untuk elakkan anda tersasar atau terkeluar dari blog ini, anda boleh right click dan open new tab.
Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam
Tragedi tanah runtuh: Mangsa keenam meninggal dunia di hospital
Gambar mangsa Diselamatkan oleh Anggota Bomba |
Mangsa yang tertimbus akibat runtuhan yang berlaku. |
Sekarang nie pun tengah hujan lebat. Diharapkan misi bantuan keselamatan tidak putus harapan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap. Sampai disini saja celoteh saya pada kali ini, entah bila la nak hapdate lagi kan. Ahkir sekali, Terima Kasih kepada Nuffnang kerana membantu saya dalam mendapatkan pendapatan sampingan.
Sekian~
0 comments:
Post a Comment