Wednesday, May 25, 2011

Tiga Punca Utama Blogger Tidak Mengemaskini Belog



Welcome To Orange Club

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita pada entri terkini saya yang bertajuk Punca Utama Blogger Tidak Mengemaskini Belog dan membiarkan belog tanpa sebarang maklumat terkini. Meskipun hari-hari yang mendatang penuh dengan isu-isu panas dan maklumat. Namun, bagi sesetengah blogger mereka tidak cenderung untuk menulisnya. Hal sedemikian berlaku disebabkan beberapa punca yang dikenalpasti dan menjadi punca utama blogger tidak mengemaskini belog. Antara punca utama termasuklah:



Gambar Hiasan Sumbangan Yahoo!


Kesuntukkan Masa

Mungkin sesetengah blogger sibuk dengan kerja seharian. Tidak kira sama ada bekerja, pelajar mahupun seorang cikgu. Masa yang digunakan seharian cukup meletihkan dan kadangkala tidak cukup untuk merehatkan tubuh badan. Berkejar kesana kemari untuk mencari rezeki dan menimba ilmu. Ada kalanya terpaksa korbankan waktu rehat untuk menyiapkan kerja yang masih belum sempat diselesaikan. Jadi, kesuntukkan masa membuatkan blogger tidak sempat untuk menulis dan mengemaskini belog walaupun idea pada masa itu mampu untuk dicoretkan.

Berpaling Tadah

Berpaling tadah disini bukanlah bermaksud belot atau tidak setia. Ia lebih kepada mempunyai minat dan kesukaan yang baru. Mungkin pada suatu ketika menulis artikel menjadi minat utama dan adakalanya bersifat sementara. Itulah ragam manusia yang sering tidak puas dan tidak cukup dengan apa yang dinikmati malahan  ia sukar untuk dielakkan. Sesetengah orang mempunyai minat yang tersendiri. Sebagai contoh, permainan online ataupun video. Seseorang itu akan bermain permainan tersebut berulang-ulang sehingga mencapai level yang lebih tinggi. Maka dengan itu belog pun akan terabai tanpa kemaskini dan minat untuk menulis semakin berkurangan.

Antara Realiti Dan Fantasi

Aduh! layan Twitter sampai hilang idea nak menulis. Hahha.. Itu realiti dan fantasinya di twitter. Kadang-kadang ia membuatkan kita hilang fokus untuk menulis. Kesannya kita sendiri boleh nampak apabila proses mengemaskini belog terbantut. Lambat tulis! Lambat siap! Lambat updates! Lambat! Lambat segala lambat dan akhirnya artikel yang ditulis basi. Antara realiti dan fantasi anda pilih yang mana? Mungkin bila kita berfantasi, kita sendiri tidak dapat menikmati keseronokkan di alam realiti. Mungkin juga bila kita berfantasi kita dapat inspirasi untuk dikongsikan bersama. Renung-renungkanlah.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Apa yang saya dapat simpulkan disini adalah tiada alasan untuk mengemaskini belog anda. Mudah dan senang. Cuma perlu ada sedikit kerajinan dan inspirasi serta corak olahan yang menarik minat pembaca dalam sesebuah ayat mengikut rentak penulis sendiri. Orang yang pemalas sahaja yang akan memberi 1001 alasan. Tidak rugi untuk berkongsikan ilmu yang bermanfaat. Terima Kasih kerana membaca. Jumpa lagi! 


Sekian~



0 comments:

Search