Friday, September 16, 2011

Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Ingat memperingati sesama manusia juga penting supaya kita tidak leka dan alpa. Sebagai pembuka kata sedarkah kita akan tanggungjawab (manusia) dimuka bumi ini? tepuk dada tanya iman. Ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT dinilai bukan daripada pangkat atau kedudukan, kebangsawanan atau darjat keturunan, kemewahan atau harta benda malah bukan jua daripada warna kulit dan paras rupa.

Bukau sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, dirangkumi dalam satu kalimah yang mudah sebutannya tetapi begitu bermakna pengisian dan penghayatannya. Itulah yang disebut sebagai tak sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-NYa yang bermaksud : 

Maksud: Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Hujurat : 13)

Manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Bertitik tolak dari ayat ini, sebagai hamba Allah kira seharusnya berusaha untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keesaan-Nya, melaksanakan amalan dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala larangan-Nya. Dalam erti kata yang lain, Seorang muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta memenuhi tuntutan ibadah. Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seseorang muslim itu tidak mempunyai ilmu atau tidak memahami perkara-perkara asas dalam islam

Pada pandangan Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah, tetapi manusia mempunyai taraf yang lebih tinggi berbanding makhluk lain. Sementara asal usul manusia itu bermula daripada manusia pertama yang diciptakan Allah, iaitu Nabi Adam, dan bukannya jelmaan daripada makhluk lain, Allah juga menyatakan dengan jelas tujuan manusia dicipta, iaitu sebagai khalifah di bumi. Hakikat ini dapat dilihat dalam firman-Nya yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Sesuai dengan kejadian manusia itu dicipta sebagai khalifah di bumi, maka Allah yang Maha Pencipta bukan saja mencantikkan kejadian manusia itu, malah menganugerahkan nikmat akal untuk membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal dan berpandukan pula ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah tentunya besar dan berat. Ia bukan hanya sekadar menyempurnakan tanggungjawab terhadap Penciptanya saja, iaitu Allah, malah bertanggungjawab terhadap hubungannya sesama manusia dan alam sekitar.

Sebagai penutup, Islam mengajar penganutnya yang juga khalifah di bumi ini, supaya dapat mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat sewajarnya. Di samping menganjurkan umatnya supaya beramal sebagai bekalan pada akhirat, Islam tidak pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia. Yang berbeza adalah kaedah yang disarankan oleh Islam untuk berusaha bagi mencapai kesejahteraan itu.


Sekian~

Anda  mungkin berminat dengan  entri ini : Muhasabah Diri | Banyak Ketawa Hati Mati

14 comments:

Mario said...

ye betul tu...

kech hidayah said...

kita banyak berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia tapi lupa untuk seimbangkan dengan kesejahteraan hidup di akhirat. Sebab tu la usaha kita selalu gagal. Kita lupa yang hidup kat dunia ni sementara je tapi hidup kat akhirat tu kekal abadi. kita patut lebihkan usaha utk kesejahteraan hidup di akhirat kan?

BopL said...

ingat mengingatkan ini bagus. semoga kita tidak lupa tanggungjwb kita.

Chaon Cornerz said...

Mario:
ape yang betol rio? hahha..

Chaon Cornerz said...

Kech:
Sebab itu la kita kena seimbangkan di dunia dengan akhirat. Jangan asyik kejar kebendaan di dunia saja last2 lupa akhirat. Bila dah berumur baru nak ingat semua tue kan.. Lebihkan takpe.. jangan kurang.. =) yang penting ikhlas..

Chaon Cornerz said...

BopL:
InsyaAllah.. sama-sama lah kita beringat..

ps: Apsal bagi link google nie? salah ke?

sud@is said...

Ya seimbang duniawi dan ukhrawi jamin selamt
motivasi yg baik tq

yusenze said...

Amin..

Susah tu nak seimbang.. nak2 pulak time jiwa remaja cam kita ni.. kekekke..

tehr said...

banyak kali manusia salah guna kepintaran akal dan ambil kesempatan merosakkan alam
hanya kerana nafsu

Chaon Cornerz said...

S..U..D..@..I..S :
ingat tue.. jangan semata-mata nak kejar duniawi je kan.. =)

Chaon Cornerz said...

yusenze:
memang susah nak kawal.. tapi kalau kita sendri yang tak kawal nanti lama2 lagi teruk pulak kan.. =)

Chaon Cornerz said...

tehr:
kerana terlalu ikutkan perasaan begitu la jadinya tehr..

Mario said...

errr...maksud aku...betul la tu tajuk tu...ekeke

Chaon Cornerz said...

Mario:
hahha.. ok rio.. selamat beramal.. =)

Search