Sunday, February 7, 2010

Tindakan Berani Si Penumbuk Harimau!!




Harimau oh harimau.. sememangnya engkau hanya ingin memakan daging.. Harini gua ada terbaca dalam paper yang mengisahkan tentang seekor harimau yang ditumbuk oleh seorang pengutip petai.. dah la kejadian nie berlaku di tempat kelahiran gua (lahir je kat sana).. Owh tidak!!! Selamatkan orang teluk intan.. haiwan pemangsa yang memakan daging nie dipanggil karnivor.. xkisah la daging ape pun janji kalo dia dah jumpa dalam perjalanan, semua dia rembat.. jom layan.. zass..

Tumbukan bertalu-talu ke muka seekor harimau sambil menjerit sekuat hati menyelamatkan penduduk Orang Asli, Yok Meneh Yok Din, 47, daripada dibaham 'Pak Belang' yang menerkamnya ketika mencari petai di kawasan hutan. Dalam kejadian ini, walaupun terselamat kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Yok Meneh dari suku Asli Semai, mengalami luka parah terutama bahagian belakang badannya terkoyak, selain cedera di kaki dan tangan.

Dari sumber yang boleh dipercayai, Yok Maneh berkata "Saya tidak tahu dari mana harimau itu datang, tiba-tiba saja diterkam dari belakang. Ketika bergelut saya menumbuk bertalu-talu ke mukanya dan menjerit kuat. Harimau itu terkejut, mungkin juga kesakitan dan melarikan diri..


Menceritakan detik cemas itu, Yok Meneh, berkata ketika kejadian, dia berseorangan berjalan kaki memasuki hutan itu dan ketika asyik mendongak ke arah pokok petai, tiba-tiba harimau jantan dianggarkan berusia tiga hingga lima tahun itu menyerangnya menyebabkan dia tersungkur.

Terkaman kuat harimau itu menyebabkan bahagian belakang badan Yok Meneh terkoyak. Tangan dan kaki juga cedera digigit, selain kukunya yang tajam menusuk ke bahagian rusuk. "Entah macam mana, saya pula berani menumbuk mukanya sambil menjerit. Mungkin matanya juga terkena tumbukan itu.

"Selepas harimau itu melarikan diri ke hutan, saya tidak membuang masa dan berlari menyelamatkan diri dalam keadaan badan berdarah sebelum kemudian terserempak dengan seorang pemandu traktor yang mengutip buah sawit. Beliau membawa saya keluar menggunakan jentera berat itu," katanya.



Gambar Yok Meneh yang sedang dirawat di HTI.

Yok Meneh berkata, dia dibawa ke sebuah klinik di Sungkai untuk diberi pertolongan awal, sebelum dikejarkan ke Hospital Tapah (HT) dan kemudian ke HTI akibat kecederaannya yang serius, selain mengalami pendarahan yang banyak.

Biarpun berdepan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Yok Meneh sebaliknya, menyifatkan kejadian itu tidak akan menakutkannya. Padanya, dia sudah lama mengetahui risiko diserang binatang buas setiap kali masuk ke hutan.

Katanya lagi "Kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya. Saya akan tetap meneruskan kerja mencari petai selepas sembuh daripada kecederaan ini, kerana itulah satu-satunya kerja yang saya tahu buat," ..

Sekian..




3 comments:

daud said...

dahsyat!

Sire Johhny Deep said...

la hari tu ada embulance cemeh je ghopenyea kat tapah....
ghopenyea bawak uncle nie...
huhu!!

Chaon Cornerz said...

ha?? nampak ke?? nasib la dia selamat..

Search