Tuesday, May 11, 2010

Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara..!!



Selamat Datang Ke Cha'on Zone


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. Sehingga kita berjumpa lagi dalam entri yang terbaru pada kali ini. Apa yang anda semua tahu tentang Belia..? Tak salah rasanya entri kali ini dikarang untuk membuka minda semua pembaca blog Enche Cha'on ni tentang kewujudan Information Technology Youth Movement (ITYM).. Pernah dengar tak sebelum ni..? Apa kata kita berkenalan dulu dengan ITYM ini. Kalau tak kenal maka tak cinta kan..?




Logo ITYM


Gerakan Belia Teknologi Maklumat Atau Information Technology Youth Movement adalah sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan bagi pergerakan belia yang menyatukan belia di Malaysia dalam bahagian Teknologi Maklumat. ITYM ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi misi, visi dan objektif seperti berikut:

  • Vision
To be the Channel for Voice of Youth who is connecting us with the government Agencies.
  • Mission
To gather all Youth and The Youth Leader to be close to each other, not only socializing in the realty but also in the virtual.
  • Objective
To created Awareness on how we can contribute to Our Beloved Country by using the Free Element of Internet.



Sempena Hari Belia negara ini, ITYM akan membuat pameran Bloggers. Bertemakan "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara", ITYM telah melancarkan contest 50 Creative Youth Blog dimana ITYM sedang mencari sebanyak mungkin blogger berdaftar dan 50 blog yang kreatif akan dipilih menerima sijil penghargaan. Contest ini amat penting, kerana dihari tersebut Perdana Menteri kita yang amat berhormat Datuk Sri najib Tun Razak akan singgah di booth ITYM. Senarai 50 blog yang terpilih akan diserahkan kepada PM kita untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat.


Apakah harapan Enche Cha'on untuk kerajaan kepada golongan Blogger Belia?


Penulisan bagi seseorang blogger bergantung kepada pengalaman dan pengolahan sesuatu isu dalam menghasilkan sesuatu rencana yang bercorak informasi, teknologi, ekonomi dan isu-isu semasa untuk menarik minat pembaca. Bagi memastikan penulisan yang terbaik dari seseorang blogger belia, wajarlah dianjurkan contes penulisan terbaik supaya blogger tidak terasa disisih oleh masyarakat. Hal sedemikian dapat meningkatkan lagi mutu penulisan seseorang blogger.

Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya. Masing-masing dengan gaya hidup yang berlainan. Justeru, dengan adanya aktiviti berbelog seperti ini dapat menyatukan seluruh rakyat dan merapatkan jurang diantara semua kaum yang terdapat di Malaysia. Bersesuaian dengan Konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita.

'Tak Kenal Maka Tak Cinta'. Tak dapat dinafikan dengan mempunyai blog, ruangan untuk bergaul dengan masyarakat adalah terbatas. Bagi penulis, sebaiknya dianjurkan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada keharmonian masyarakat seperti mengadakan perhimpunan untuk blogger-blogger. Justeru, dapat membuka mata masyarakat tentang kewujudan dunia blogger sekaligus golongan blogger tidak dipinggirkan.

Pada pendapat penulis,kewujudan dunia blogger ini sememangnya memberi banyak kesan positif. Salah satunya, dapat mengelakkan individu dari melakukan gejala yang tidak sihat seperti berlumba, melepak di jalanan dan melakukan sex bebas. Dengan adanya dunia blogger ini, pengguna(blogger) dapat mengetahui isu-isu semasa dan perkembangan samada didalam mahupun diluar negara dan sekaligus mencapai objektif penubuhan ITYM bertujuan untuk mengumpulkan blogger-blogger dan penggemar IT di seluruh negara.


Sekian




0 comments:

Search