Monday, May 10, 2010

Kenapa Aku Berblog..!!




Selamat datang ke Cha'on Zone.. Pagi yang gelap kini sudah terang.. lallalala..Semoga hari ini memberi permulaan yang baik untuk reader-reader sekalian. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Ok2.. Entri kali nie sebenarnya dikarang untuk menjawab soalan tagged oleh Padin yang dengan sewenang-wenangnya mengetagged Enche Cha'On.. Takpe2.. nak tahu dengan lebih lanjut.. TERJAH READ MORE..!!


Click pada gambar untuk view yang lebih menarik




Soalan: Kenapa Aku Berblog


1) Mengisi Masa Lapang..

Seperti blogger-blogger lain jugak. Enche Cha'on berblog nie sekadar mengisi masa yang terluang. Kadang-kadang berfaedah juga aktiviti berblog nie sebabnya dapat menghidar dari melakukan gejala-gejala yang tidak sihat. Contoh yang Enche Cha'on dapat bagi kat sini adalah seperti merempit. Oh tidak. Sekarang bukan zaman nak angkat-angkat tayar lagi dah ok. Sekarang kan zaman cyber, apa salahnya kalau berubah. Dari sesuatu yang tak baik kepada sesuatu yang baik.


2) Berkongsi idea dan pendapat..

Lain orang lain pandanganya. Rata-rata blogger di Malaysia ni tinggal ditempat yang berlainan. Tak kira la sama ada Di Perlis, Penang, Perak, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu dan termasuklah Sabah dan Sarawak. Semuanya tetap blogger kan..? Macam-macam aktiviti seharian yang blogger nie buat. Sebagai contoh, ada blogger yang pergi bercuti dalam Malaysia mahupun luar negara.Kemudian ceritakan dalam blog masing-masing. Sekaligus blogger-bloger lain termasuk Enche Cha'on dapat survey tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.


3) Informasi/berita/Perkembangan Terkini..

Kadang-kadang ada juga yang Enche Cha'on tak sempat nak ketch-up kaca TV. Maklumlah TV rumah rosak. Ada sape-sape nak sponsor beli TV tak..? hahha.. Sebagai contoh, kes buang bayi yang kian berleluasa sekarang. Keji kan perangai macam ni? Orang-orang yang macam ni memang patut pun dikeji dan dibenci masyarakat. Bayi tu tak kenal lagi erti kehidupan. Kalau tak nak tanggung, tak payah la buat..!! Selain itu, dapat juga mengetahui perkembangan teknology yang semakin pesat membangun. Ini termasuklah penggunaan Handphone yang semakin canggih sekarang, dalam masa 2 minggu saja reader-reader sekalian dapat lihat pengeluaran dan promosi handphone yang baru.


4) Menambah Kenalan..

Kehidupan dialam maya tak sama dengan dunia nyata. Disini kita hanya mampu melihat seseorang melalui gaya penulisan dan gambar-gambar yang ada pada blog sahaja. Hal sedemikian mungkin berbeza bagi sesetengah individu dialam nyata. Di alam maya nampak peramah, bijak berkata-kata dan bermacam-macam lagi kerenah blogger nie. Tapi bila di alam nyata siapa yang tahu..? Kepada semua blogger yang memberi sokongan kepada Blog oren nie, Terima kasih diucapkan.


Hoorey..!! siap jugak Entri nie..!!


Untuk mengelakkan rantaian nie terputus.. Enche Cha'on tidak teragak2 nak tagged YuSenZeN. Thanks kepada semua blogger2 yang support untuk blog nie..


Dahlia --> Mieran --> Fiz Mr Beloved --> NaOme Sengkat --> Jericho --> Padin --> Cha'on --> YuSenZen



Sekian

0 comments:

Search