Monday, July 26, 2010

"Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit"


Assalamualaikum dan salah sejahtera kepada semua pembaca blog Chaon Zone ini. Semoga hari ini menjadi permulaan yang baik untuk semua pembaca. Cepatnya masa berlalu. Tanpa disedari dah masuk minggu baru kan. Tanpa disedari juga gaji untuk bulan ogos pun dah masuk kan. hahha. Dan tanpa disedari juga entri di belog Enche Chaon tak terhapdate. Padahal banyak je isu-isu yang boleh diolah berkaitan dengan isu-isu semasa. Malangnya banyak yang Enche Chaon kurang minat.


Gambar Hiasan Sumbangan Google


Mesti ramai yang sudah mengetahui apakah hajat Enche Chaon menulis belog pada kali ini. "Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit" nie selalu digunakan untuk menasihati anak-anak kecil yang masih dibangku sekolah. Tujuan utama ayat ini selalu digunapakai adalah untuk mengelakkan anak-anak ini menggunakan duit untuk tujuan yang tidak berfaedah. Selain itu juga dengan menabung secara tidak langsung dapat mengukuhkan kewangan dikemudian kelak.

Bila dah besar dan umur semakin meningkat, masing-masing pun dah boleh berfikir sendiri. Hari ini saya ingin berkongsikan tentang salah satu hobi yang Enche Chaon suka iaitu MENABUNG.Sememangnya saya suka mengumpul duit syiling setiap hari dan dimasukkan kedalam tabung. Seronok rasanya bila semakin hari semakin berat tabung dan rasa puas hati bila hari-hari dapat tengok duit syiling yang BANYAK.

Sebenarnya menabung nie memang banyak menguji kesabaran. Tambahan pula bila waktu sesak atau wang belanja habis digunakan. Perasaan ingin menggunakan wang hasil tabungan itu tetap ada tapi bila difikir-fikirkan balik, rasa rugi bila sesuatu yang kita inginkan tak tercapai. Lebih baik cari alternatif lain supaya wang simpanan tidak diusik. Kalau saya nie bukan seorang yang penyabar, sudah pasti tabung tidak akan penuh. hahha..

Kesimpulannya, aktiviti menabung nie sememangnya seronok. Tambahan pula rasa puas hati apabila tabung dah penuh dengan duit syiling. Dengan adanya aktiviti menabung seperti ini, ia dapat menguji diri kita untuk bersikap jujur dan tanggungjawab dengan diri sendiri. Sampai disini sahaja yang Enche Chaon ingin kongsikan bersama pembaca-pembaca sekalian. Terima kasih atas kesudian anda untuk meluankan masa di Cha'on Zone.


Sekian



p/s: JOm ramai2 join contest di Blog Ezany-kun.. hadiahnya juga lumaiyan.. untuk butiran lanjut korang boleh click pada link tersebut.


0 comments:

Search