Welcom To Cha'on Zone
Salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung belog ini. Semua sihat..? Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini banyak yang perlu kita ketahui dan pelajari disamping cabaran dan dugaan yang patut kita tempuhi dalam kehidupan seharian kita. Jadi, kakak-kakak cantik, abang-abang kacak, adik-adik manis banyak-banyakkanlah bersabar ye.. hahha.. Sy tak pandai sangat nak main SEO segala nie. Kalau blogger-blogger baru nak tahu berkenaan SEO ni tanye la abang-abang otai kita ye.. Nak kenal senang je, mane blog yang ade [dot]com tue die la tue.. hahha.. kan..?
Untuk pengetahuan semua, entri ini ditulis sekadar suka-suka dan tidak terikat dengan mana-mana kontes pun. Nak join kontes nie susah sikit sebab idea nie jap tenggelam sekejap timbul. hahha.. Tambah-tambah berkenaan dengan Search Engine Optimization (SEO) kan. Nak belajar teknik-teknik berkaitan SEO terjah link tadi ok. Orang-orang yang berbakat dan berpengetahuan luas dalam penulisan dengan gaya penulisan mengikut naluri sendiri je dapat menghasilkan penulisan yang baik. Etika Ketika berblog perlu diutamakan supaya tidak wujud konflik terutama yang berkaitan dengan perkauman.
Ini bukan sy, gambar hiasan semata-mata.. hahha..
Hidup Seorang Blogger memang cool. Takde menyusahkan sesiapa. Bagi sy bukanlah membuang masa untuk jadi seorang blogger. Anda perlu tahu sebab kenapa anda perlu jadi seorang blogger kerana ianya sangat menarik. Bukan sekadar untuk mencari kawan semata-mata, malah menjana pendapatan sampingan. Siapa tak suka duit masuk kan..? Padahal duduk depan laptop sambil tekan-tekan keyboard je. Cakap bujang single, mesti ar seronok kalau ada duit nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan kan..? hahha.. Tapi kalau tak tahu cara nak buat duit dengan internet nie susah jugak. Macam membuang masa saje..
- Menghasilkan Penulisan Bermutu
Tak kenal maka tak cinta, tak faham maka tak sayang, tak makan maka tak..? hahha.. jawab soalan nie. Penulisan bermutu yang dimaksudkan disini adalah penulisan yang boleh menarik minat pembaca untuk membaca dan menghayati kisah sesebuah penulisan. Nilai murni yang disampaikan mestilah berkesan supaya aspek-aspek positif dapat diterapkan dan digunapakai oleh segenap lapisan masyarakat. Banyak tips-tips cara menulis entri yang rata-rata blogger otai telah sediakan. Jangan lupa untuk selak2 page dorang ok. Mesti jumpe.. hahha..
- Berkongsi Tip-Tips dalam kehidupan seharian
Ha.. macam sy cakap tadi, tips nie bukan merangkumi sesetengah aspek je. Malah jika kita dapat lihat banyak jenis dan mengikut kreativiti penulis. Normal la kalau tips yang diberikan mendapat sambutan ramai. Sebagai contoh tips memilih pasangan, tips mengekalkan hubungan sesama pasangan, tips hilangkan tekanan diwaktu kerja dan banyak lagi. Normal la kan, rata-rata pembaca pun terdiri dari muda mudi yang sentiasa mahu mengetahui secara terperinci tentang sesuatu hal. Tips mengenal dara ade tak..? hahha..
- Menyebarkan Maklumat Terkini
Dalam menyebarkan maklumat terkini, blogger-bloger perlu bersaing untuk mendapatkan penulisan yang terbaik dan diminati ramai. Begini lah Hidup Seorang Blogger. Tapi yang penting message dan maklumat yang disampaikan tidak terpesong dari apa yang berlaku. Jika berlaku, boleh mengundang pelbagai kontroversi sekaligus memburukkan lagi keadaan. Berhati-hati ok!!
- Bersemuka Dengan Blogger Dialam Realiti
Sekali sekala apa salahnya kuar join aktiviti anjuran gengblogger tak pun keluar dengan rakan-rakan blogger yang rapat dengan anda. Gathering gengblogger diadakan pun untuk merapatkan lagi hubungan sesama blogger kan. Jadi join la. Untung-untung dapat bergambar dengan blogger otai, share pengalaman dengan dorang dan suroh dorang terjah blog kite.. hahha.. Kalau dah jumpe takkan nak sembang kosong, sambil-sambil tue cuba la korek-korek rahsia dorang.. hahha..
Masing-masing ada pengalaman masing-masing hidup sebagai seorang blogger. Ada pahit manis suka duka riang tawa dalam berbelog nie. Ada juga sampai delete blog. Wajarkah..? Sesetengah tue pasti ada alasan masing-masing kan. hehhe.. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Sampai sini saje entri Enche Chaon untuk kali ini, sehingga kita berjumpa lagi di entri yang akan datang.
Sekian~
0 comments:
Post a Comment