Thursday, August 26, 2010

Tema Sambutan kemerdekaan Kali ke 53 - 1 Malaysia Menjana Transformasi



Welcome to Chaon Zone

Salam sejahtera dan selamat menyambut bulan kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia yang Ke-53. Pasti semua dah tahu kan negara kita sudah 53 tahun merdeka? Siapa yang terlupa tue sila ketok kepala sendiri. hahha. Pada tahun ini bulan kemerdekaan negara kita akan disambut didalam bulan Ramadhan. Bagi saya ia tidak memberi sebarang halangan kepada kita untuk menyambut Merdeka. Jasa dan bakti rakyat terdahulu dan tokoh kemerdekaan yang banyak menyumbang untuk negara tidak patut dilupakan sempena hari kemerdekaan negara ini.


Gambar sumbangan Google

Seperti yang kita semua sedia maklum, hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan warna warni keindahan dimalam kemerdekaan.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Sudah pasti banyak tempat-tempat yang menjadi kunjungan ramai semperna sambutan kemerdekaan disediakan dengan bunga api. Wow! menarik tue.

Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka. Malah setiap kali sambutan ini diadakan jalan-jalan disekitar kawasan Dataran Merdeka ini juga sesak dan dibanjiri dengan kunjungan masyarakat yang berbilang kaum.

Selain itu juga, sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.. Bagi tahun ini 2010, tema sambutan hari kemerdekaan adalah "1 Malaysia Menjana Transformasi".. Ia selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak..

Diharapkan bulan ini dapat diberikan ikhtibar kepada seluruh rakyat malaysia tentang kedudukan Malaysia pada suatu masa dahulu. Hidup yang serba kekurangan dan sering ditindas oleh penjajah negara kita. Mereka yang yang hidup pada masa sebelum kemerdekaan berjuang habis-habisan menetang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Semoga negara kita terus tetap harmoni disamping masyarakat yang berbilang kaum. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Kepada Semua Rakyat Malaysia..

Sekian~



0 comments:

Search