Welcome To Chaon Zone
Salam 1 Malaysia.. Edisi terbaru kali ini berkenaan dengan Gathering GengBlogger yang dijalankan baru-baru ini.. Sudah pasti ramai dikalangan blogger-blogger yang sudah membaca dan melihat kemeriahan Gathering GengBlogger di Shah Alam kan..? Hari ini giliran sy pula nak ceritakan kemeriahan gathering ini.. Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir pada gathering kali ini, diharapkan dapat bertemu pada gathering yang akan datang.. hehhe..
Gathering kali ini diadakan pada 28 Ogos 2010 bertempat di Plaza Alam Sentral, Plaza PKNS (bazaar ramadhan) dan Dataran Shah Alam dari jam 2 petang hingga 11 malam.. Tambah menarik dengan kehadiran blogger-blogger otai.. Nie lagi satu rugi kalo sape yang tak pergi tue.. hahha.. Ok.. Sebenarnya ini kali kedua sy join gathering yang dianjurkan oleh Gengblogger.. Yang first dekat PutraJaya.. Tapi takde pun entri pasal Gathering first tue.. Kali ini sy hapdate!! jom tengok-tengok aktiviti sy sepanjang hari Sabtu lepas..
- Menikmati Suasana Romantis
Destinasi pertama sebelum ke Gathering besar adalah membentuk sebuah kumpulan kecil yang terdiri daripada Azizankadir, Yusenze Yus, Ameerul, Kech Hidayah, Khairun Nisa, Ery Farieha, Farhanah dan sy sendiri.. Sorang lagi nama dia Violet, sampai lewat sikit.. Menarik juga lepak kat tasik tue, dapat menikmati keindahan sekeliling, panorama dan gelagat pengunjung ditasik seksyen 2 tersebut..
Dari Kiri: Cha'on, Kech, Nisa, Yus, Ery, Annah, Miro, Azizankadir (photographer)
- Beradu Suara
Masih awal lagi untuk berkumpul di Bowling tue, So ktorang pun pergi beradu suara dulu.. Yusenze dan Azizankadir sponsor 20 lagu.. Macam banyak la pulak, sebab tue lewat SIKIT sampai kat bowling tue.. hahha.. Mula-mula kaum-kaum hawa tue malu-malu kucing je nak nanyanyi.. Bila dah lama sikit baru Ok.. Biasa la kan.. Baru pertama kali nyanyi sama-sama.. Sebelum nie nyanyi dalam toilet je kot..? hahha..
- Mempamerkan Kehebatan
Dah la datang lewat, ada hati nak main free.. hahha.. Aktiviti bowling nie disertai ramai blogger lain dan masing-masing mempamerkan kehebatan masing-masing.. Ada kekurangan juga di Pusat Bowling Plaza Alam Sentral tue, lubang bola tue kecik sangat.. Nak baling bola pun rasa macam nak ikot bola tue skali.. Tersepit jariku..hahha.. Ramai je blogger-blogger yang hebat main bowling nie.. Tahniah..!!
- Menikmati Juadah Berbuka Puasa
Jangan lupa untuk berkunjung ke bazaar ramadhan di PKNS Shah Alam, terdapat pelbagai lauk-pauk untuk hidangan berbuka puasa.. "Makan ikut keperluan ye, jangan makan ikot nafsu".. Pesanan seorang penjual di bazaar ramadhan tue.. Sekali salah lokasi berbuka puasa da!! hahha.. So, kalo nak pegi pun memang tak sempat la kan.. lepak2 kat situ dan berbuka puasa disitu jugak.. Malam sikit baru join balik aktiviti dengan blogger ramai-ramai tue balik..
Selepas Berbuka Puasa
- Sesi Perkenalkan Diri
Aktiviti malam bersambung dengan sesi berkenalan sesama blogger.. Ada yang menggigil satu badan, ada pula yang tak boleh dok senyap.. hahha.. Macam-macam ragam kawan-kawan blogger nie.. Lepas sesi perkenalkan diri, Ada sambutan harijadi dan lagu "Happy Birthday" Dinyanyikan.. Happy Birthday Yusenze..!! Ahaks.. bermandi tepuk.. eh tepung la kau malam tue kan.. Kantoi sudah gambar orang first yang baling tepung tue.. Gathering ini berakhir dengan sesi bergambar bersama blogger..
Penghargaan
Untuk gathering nie, Enche Chaon nie ingat nak bagi 9 bintang.. Tapi terkurang satu bintang la pulak.. Sape suroh tak ade kat situ ery.. hahha.. Penghargaan juga kepada Jowgrimjow, Syahirul dan Ariff Shah sebab anjurkan Gathering nie.. Ramai lagi yang hadir dan sy kenal tapi tak cam sangat mula-mula jumpa seperti Nizam, Ijai (kenal nie), Achu, Aie DArkbatman (otai), Bro Framestone eh ramai lagi la.. Yang mane tak sempat nak link tue sori sangat-sangat..
0 comments:
Post a Comment