Welcome To Chaon Zone
Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog oren ini. Dalam tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidil-Fitri. Hari raya ini pasti dinanti oleh anak-anak kecik. Apa sebabnya? Mesti la nak duit raya kan. Penganggur pun apa kurangnya, sudah pasti mahukan duit raya jugak. Hahha.. Bagi yang belum membuat persediaan sempena hari perayaan ini, baiklah bermula dari sekarang. Bila dah buat di saat-saat akhir ni pasti ada yang terlupa dan tak sempat nak siapkan.
Bila raya hampir tiba, kita selalu sahaja dengar kes tentang penyeludupan mercun dari negara seberang, kemalangan melibatkan bermain mercun, serbuan terhadap tempat-tempat yang menjual bunga api dan tindakan dan saman terhadap mereka yang memiliki mercun. Namun manusia tak pernah serik dengan tindakan yang diambil malah semakin ramai yang ingin memiliki mercun. Mungkin tak meriah bila kehadiran hari raya tidak disambut dengan mercun kot. hahha..
Rampasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa
Bila raya hampir tiba juga, mercun lebih mudah didapati di semua tempat. Ada yang jual di Pasar Malam, Bazaar ramadhan, tepi-tepi jalan mahupun di kedai-kedai runcit. Terdapat juga pelbagai jenis mercun yang boleh kita jumpai, sebagai contoh mercun bola, mercun roket, mercun ketupat. Tapi yang paling seronok mercun bola la. hahha.. Berdasarkan pemerhatian sy, golongan yang paling banyak bermain mercun ini terdiri dari kalangan anak-anak muda. Pelbagai generasi turut bermain bunga api, tapi dengan kuantiti yang kurang.
Bila raya hampir tiba, banyak cerita di dada akhbar tentang kecelakaan akibat bermain mercun. Kebanyakkannya pasti menyedihkan. Kenapa ramai orang suka main mercun? komen sikit. hahha.. Kalau setakat bunga api tue takpe la jugak, tak bahaya sangat, anak-anak kecil pun boleh main. Apa yang saya nampak tentang keburukan bunga api ini banyak. Tapi sy cuma nak bagi sikit tapi banyak maknanya bila tiba dihari raya:
- Hilang Anggota Badan/ Nyawa
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni dah banyak cerita mengenai bermain mercun. Berita orang putus jari, buta mata dan kudung tangan akibat main mercun. Pasti anda semua tidak mahukan semua ini. Sikap degil sesetengah pihak boleh mengakibatkan berlaku sesuatu yang kita sendiri tidak mahukan. Paling menyayat hati, bila tidak dapat beraya dengan orang yang yang disayangi.
- Buat Bising
Masing-masing tahu tentang bunyi bila bermain mercun. Ada yang kuat bunyinya dan ada yang tak. Tapi tahukan anda dengan bermain mercun adalah suatu pencemaran? Pencemaran yang dimaksudkan adalah pencemaran bunyi. Bunyi bising mercun ini sekaligus mengganggu ketenteraman awam. Bayangkan jika jiran anda mempunyai anak kecil yang baru beberapa bulan dilahirkan. Pasti terkejut kan dengan dentuman mercun itu. Kesian!
- Bakar duit
Penting nie! hahha.. Membeli mercun seolah-olah membakar duit sendiri. Tapi kalau orang bagi tak kesah la. hahha.. Sayang jika duit digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah dan hanya digunakan untuk keseronokan sementara. Lebih baik duit yang ada didermakan kepada tabung kebajikan, anak-anak yatim, bagi duit raya ataupun digunakan untuk membeli barangan untuk persiapan raya. Ini bukan tips berjimat cermat semperna hari raya ye. hahha..
Kemeriahan dihari raya tidak sepatutnya dicorakkan dengan kesedihan. Masing-masing harus ada rasa tanggungjawab dan nasihat-menasihati supaya tiada nyawa terkorban bila menjelang hari raya kelak terutamanya orang yang kita sayangi. Sampai disini sahaja entri sy pada kali ini, jadikan raya kali ini lebih bermakna disamping keluarga tersayang..
Sekian~
0 comments:
Post a Comment