Saturday, August 14, 2010

Peranan Media Dalam Membentuk Pemikiran Masyarakat


Selamat Datang Ke Chaon Zone

Salam 1 Malaysia kepada semua.. Semoga hari minggu ini lebih bermakna kepada anda dan seisi keluarga.. Pasti ada yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah berbuka bersama keluarga tersayang.. Berbalik kepada niat dan hajat dihati saya untuk menulis pada kali ini.. Banyak perubahan dalam media yang berlaku sekarang malah semakin banyak sambutan dikalangan penonton.. Untuk itu, saya ingin mengulas serba sedikit tentang rancangan yang dimainkan di kaca telivision untuk pembaca-pembaca sekalian..

Seperti yang kita ketahui, kebelakangan ini, stesen telivisyen di negara ini semakin menunjukkan minat dalam menayangkan program yang berteraskan unsur islam.. Satu persatu program sama ada yang melibatkan program realiti mahupun drama yang sarat dengan elemen itu mendapat perhatian penonton.. Apa yang membanggakan, kesemuanya berjaya mencetuskan fenomena baru dikalangan audiens.. Ini sekaligus dapat memberi impak yang positif terhadap masyarakat mahupun media itu sendiri..


Pelakon Utama Dalam Janji Kekasih

Sebagai contoh, "Janji Kekasih" menerusi slot Zehra yang ditayangkan pada hari jumaat jam 9 malam di TV3.. Disamping jalan ceritanya yang menarik, mesej yang ingin disampaikan juga bersesuai dengan kehendak dan keperluan masyarakat yang inginkan perubahan.. Dalam sesuatu perubahan tue, berbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi.. Biarpun ada hati yang ingin merubah kehidupan, pasti ada sahaja ada pihak-pihak yang kurang senang dan sering membawa mulut.. Ini adalah pengajaran dalam cerita Janji kekasih ini..

Antara Artis yang terlibat dalam siri "Janji Kekasih" ini termasuklah Jue Aziz, Fezrul Khan, Ayu Raudah, Dato Jalaluddin Hassan, Erma Fatima, Mustafa Kamal, Ery Putra, Almy Nadia, Iqram Dinly dan Puteri Sarah.. Sinopsis dan jalan cerita "Janji Kekasih" tidak disediakan disini.. Saya percaya mesti ramai yang Suka memonton rancangan ini dan pasti tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan ini.. Silap-silap korang tolong boleh buat sinopsis di ruangan komen nanti.. hahha..


Pelakon Utama dalam Epilog Syurga Cinta


Epilog Syurga cinta Slot Akasia TV3 tidak kurang hebatnya dalam membentuk pemikiran masyarakat berunsurkan islam.. Saya juga tertarik dengan jalan cerita ini dimana kesabaran dalam sesuatu perkara yang terjadi betot-betol menguji diri kita.. Pertalian atau ikatan dalam sesuatu hubungan tidak tidak sihat seperti perasaan hasat dengki, cemburu buta dan aspek-aspek negatif yang lahir dalam diri sememangnya tidak memberi kebahagian dalam sesebuah kehidupan.. Untuk mengetahui sinopsis tentang Epilog Sebuah Cinta ini anda boleh lihat pada artikal yang ditulis oleh saudara Azizankadir..

Alangkah baiknya cerita-cerita yang sebegini lebih banyak ditayangkan disamping dapat menerapkan nilai-nilai murni dimana Rakyat Malaysia yang didominasi oleh orang Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran.. Banyak je cerita-cerita anak malaysia nie yang berkualiti.. Cerita-cerita dongeng yang tak masuk akal dari negara luar tue kurangkanlah.. Tak memberi sebarang faedah pun.. Harapan cerita-cerita sebegini dapat memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat..


Sekian~


0 comments:

Search