Tuesday, August 24, 2010

Siapa Mau Duit Raya..?


Welcome To Chaon Zone

Salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia tak kira kaum agama bangsa dan negara.. Dalam tak sedar dah masuk minggu ke-3 umat islam diseluruh dunia menjalani ibadah puasa.. Sedang kita sibuk dengan urusan seharian.. Jangan dilupakan berkenaan dengan Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini.. Pasti ramai yang akan keluar untuk menyaksikan pesta bunga api sempena Hari Kemerdekaan tanah air kita kan..? Jadi, jangan tersalah pilih tempat-tempat yang tiada bunga api pulak ok.. Nanti rugi je kan.. hahha..

Banyak tempat-tempat untuk menyaksikan bunga api ini terutamanya di Kuala Lumpur ini.. Kalau nak tengok bunga api dari jauh tapi pemandangan yang menarik, boleh saksikan di Bukit Ampang.. Disitu anda semua pasti akan dapat melihat warna warni bunga api tambahan pula dengan pemandangan kawasan Kuala Lumpur yang terbentang luas.. Boleh juga kalau nak jadikan tempat dating yang best/menarik kat situ tapi jangan buat maksiat plak sudah..

Berbalik kepada niat sy yang sebenarnya, Siapa Mau Duit Raya..? kalau bercakap pasal duit pasti ramai yang tak sabar nak dapat kan.. Rugi kalau tak puasa penuh.. Tak merasa nikmat kemeriahan waktu beraya nanti..


Gambar Hiasan Semata-mata

Entri kali ini juga bukan tips untuk dapat duit raya yang banyak.. Tapi sekadar berkongsi pengalaman dan kisah-kisah menarik untuk tatapan semua pembaca dihari lebaran kelak.. Masing-masing ada pengalaman tersendiri kan dan semuanya pernah melalui zaman kanak-kanak.. Ada yang sanggup berjalan jauh, menaiki bas, menunggang basikal dan meredah hujan semata-mata untuk mendapatkan duit raya.. Berbaloi jugak kalau dapat banyak duit raya.. Kalau tak pasti pulang dengan kecewa.. hahha.. Antara sumber-sumber nak dapat duit raya termasuklah..

  • Saudara Mara
Beruntung la siapa yang mempunyai ramai pak dan mak saudara.. Tambah pula dengan suasana meriah menyambut hari perayaan.. Ada yang sampai tak sabar-sabar nak duit.. Lepas tue nak kira duit.. Mesti banyak.. Lepas tue nak beli macam-macam.. Seronok kan dapat duit raya..?

  • Rumah Ke Rumah
Nie satu lagi aktiviti menarik semasa raya.. Berjalan dari rumah ke rumah semata-mata mahukan duit raya.. Ada sesetengah orang tue datang beraya semata-mata nak duit raya je.. Awal-awal tue mahu la juga nak masuk menjamah makanan kueh raya yang sedap-sedap.. Bila perot dah penoh kan tunggu depan pintu je nak duit raya.. hahha..

  • Join Contes blogger

Contes-contes.. Banyak sungguh sekarang.. Tapi mood menulis sy kurang.. Sebab tue tak masuk contes.. Cuba la join contes-contes yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger nie.. Mana nak tau kan kalau2 ada rezeki untuk hari raya.. Belom cuba belom tahu kan.. Hadiah pun lumaian..

Banyak lagi cara nak dapat duit raya nie.. Cukup la sikit-sikit dulu.. Nanti kot-kot akan ada edisi ke-2 pulak kan.. hahha.. Disamping nak cari duit raya, sy suka kumpul sampul-sampul duit raya yang cantik dan kreatif.. Boleh juga buat koleksi.. Bukan senang nak kumpul tue.. Setahun hanya sekali dan setiap tahun design ataupun corak pada sampul tue berlainan jugak.. Siapa suka kumpul sampul duit raya boleh join Orange Club.. hahha..


Sekian~

ps- Malam lailatul Qadar pun dah dekat.. Pasti ramai yang nakkan info tentang malam lailatul Qadar dan fadhilatnya kan.. Abang-abang otai, otai, otai buat la entri tue.. Sy suka membaca hasil penulisan kamoo..
ps- Mencari pengunjung bertuah yang dapat no 12345 dekat hit counter.. jangan lupe print screen..

0 comments:

Search