Tuesday, August 10, 2010

Seindah Kata, Secantik Bahasa..!!


Salam ceria kepada semua.. Kurang dari tempoh 24 jam lagi bermulalah bulan baru dalam islam iaitu bulan Ramadhan.. Tentu ramai dikalangan anda sekalian sedang sibuk menguruskan persiapan menjelang Ramadhan yang bakal tiba.. Dikesempatan ini Enche Chaon ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam.. Pastikan tahun ini puasa penuh ye.. hahha.. Entri pada kali ini yang saya ingin sampaikan berkaitan dengan ingat mengingati sesama insan..





Semestinya rakan-rakan semua tahu bahawa orang melayu memang terkenal dengan adat yang sopan santun, bahasa yang lemah lembut dan budayanya yang indah lagi menarik hati.. Namun ada juga yang terbawa-bawa dengan sifat-sifat yang kurang menyenangkan.. Peribahasa "OrAng Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa " yang membentuk topik kali ini membawa maksud, "Setiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian, malah kita harus tahu untuk mengucapkan terima kasih..."

Setiap diantara kita pasti pernah mengalami saat-saat di mana kita terlupa untuk bertegur sapa dan bertanya khabar sesama keluarga, saudara mara, sahabat handai dan juga tetangga kita. Malah, yang paling mengecewakan adalah sikap kita yang selalu terlupa mengucapkan Terima Kasih.. Seringkali kita terlupa untuk mengucapkan Terima Kasih setelah menerima sesuatu, dan juga terlupa mengucapkan Alhamdulillah saat mendapatkan sesuatu kebahagiaan ataupun sesuatu yang menyenangkan.. Inilah lumrah manusia yang sentiasa lalai dan alpa dalam sesuatu perbuatan..

Kadang kala, saya juga terfikir, sekiranya orang lain terlupa mengucapkan Terima Kasih pada kita, pasti ada sesetengah diantara kita yang akan berkata dalam hati mereka, Sebagai contoh “Orang dah bagi, dah kira bagus la tue.. Tapi, tak tahu nak ucapkan Terima Kasih ke….?” Mungkin ada yang akan berkata bahawa itu kata-kata mereka yang tidak ikhlas memberi.. Tetapi, ada juga yang berkata bahawa memang lumrah manusia yang selalu terlupa untuk mengucapkan syukur pada yang Maha Esa apalagi mengucapkan Terima Kasih sesama umat manusia.

Perjalanan hidup kita ibarat putaran roda. Kekadang kita berada diatas, dan tanpa disedari kita boleh terus tergolek ke bawah.. Kesederhanan hidup membantu kita untuk menghargai rezeki yang diberikan dan kesempitan hidup memberi kita kesempatan untuk mendapatkan berkat dalam kita mengecapi kebahagiaan dengan usaha dan doa.. Seharusnya kita sebagai manusia haruslah saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya hubungan silatulrahim sesama manusia akan kekal berpanjangan..

Justeru, setiap masa yang berlalu memberi banyak makna dalam kehidupan.. Walaupun seseorang itu berdikari dan boleh hidup dengan sendiri tapi jika tiada bantuan dari orang yang sanggup menghulurkan bantuan saya percaya hidup seseorang itu takkan dapat mencapai matlamat dalam sesebuah kehidupan.. Semoga peribahasa ini memberi manfaat dan ikhtibar kepada semua supaya nilai-nilai murni dapat dipupuk dikalangan masyarakat..


Sekian~

0 comments:

Search