Welcome To Cha'on Zone
Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua pembaca. Tak kira dimana jua anda berada. Terima kasih atas kesudian anda untuk terus menghidupkan suasana ceria di blog ini. Tanpa sokongan dari rakan-rakan blogger mahupun pembaca misteri, blog ini mungkin kembali bersawang. hahha.. Terima kasih sekali lagi. Nak tahu pasal entri nie..? jom terjah..
Gambar Hiasan Sumbangan Google
Entri raya kali ini ditulis bukanlah mengenai koleksi lagu-lagu raya mp3 ataupun video. Cuma sekadar mengisi masa lapang tuan blog dihari sabtu. Bosan hari ni dan tak ada aktiviti yang menarik pula hendak dibuat. Duduk rumah selak-selak page youtube cari lagu raya memandangkan beberapa hari sahaja lagi seluruh umat islam di dunia ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Nak cari MP3 Lagu-lagu raya tak tahu plak kat mane. hahha..
Banyak lagu-lagu raya dimainkan dan berkumandang di stesen-stesen radio sekarang. Di bazaar ramadhan, tempat shopping pun apa kurangnya, banyak juga peniaga sering mainkan lagu-lagu raya bagi menghidupkan suasana menjelang hari raya. Mesti ramai yang dah tak sabar-sabar nak raya terutamanya kanak-kanak. Ntah-ntah dah siap plan dah pun tahun nie nak raya kat mana supaya dapat duit banyak. hahha.. Jom layan lagu raya ramai-ramai..
Suasana Hari Raya - Anuar Zain dan Ellina
(lagu dan lirik)
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda dirantauan semuanya pulang kedesa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah menzirahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau dimana pun jua
Memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makan lah jangan hanya dipandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam kepagi
Wajik dan dodol jangan dilupakan
Warisan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi
Terima kasih daun keladi, jika umur panjang kita jumpa lagi. Jangan marah jangan benci, nanti hati dah tak suci. Ikhlaskan diri dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah nya. Sekian sahaja coretan hasil kebosanan sy. Jom menyanyi beramai-ramai..
Sekian~
0 comments:
Post a Comment