Sunday, September 5, 2010

Raya Aidilfitri 2010 | (Part 2) Tol Free Dan Diskaun



Welcome To Chaon Zone

Salam ceria buat pembaca semua. Raya dah nak dekat, Macam mana persiapan raya..? Bagi yang belum beres tue cepat-cepat siapkan. Elakkan persediaan saat-saat akhir kalau tak habis lintang-pukang raya nanti. hahha! Berkenaan dengan Tol Free dan Diskaun sempena raya 2010 nie sy sediakan untuk memudahkan pencarian rakan-rakan sekalian yang bakal pulang beraya minggu hadapan.


Gambar hiasan Sumbangan Google


Bagi pengguna yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 di bawah pengurusan kumpulan MTD akan mendapat pengecualian bayaran tol bagi semua kelas kenderaan mulai pukul 9 malam, 7 September 2010 hingga pukul 6 pagi, 8 September 2010. Sesi selepas raya pula bermula pukul 9 malam pada 15 September 2010 hingga pukul 6 pagi,16 September 2010.

Berikut adalah senarai syarikat konsesi yang bakal menawarkan diskaun kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri 2010 ini.

  • 1. LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS)

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10%) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN: 6,7,8 September 2010 dan 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA: Kelas 1 – 13.60 sen/km

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI: Kelas 1 – 11.02 sen/km


  • 2. LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE)

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN: 6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA: Kelas 1 –14.96 sen/km

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI: Kelas 1 –12.11 sen/km


  • 3. LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON(SPDH)

BENTUK PROGRAM CSR

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN: 6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA: Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 3.20 Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.80

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI:

Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 2.60(Diskaun RM0.60) Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.60 (Diskaun RM0.20)


  • 4. LEBUHRAYA KULIM-BUTTERWORTH (KLBK)

Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN: 6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA: Plaza Tol Kubang Semang/LunasKelas 1 – RM 1.60

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI:

Plaza Tol Kubang Semang/Lunas Kelas 1 – RM 1.60 (20% rebat ke atas bayaran tol akan dimasukkan di dalam kad PlusmileJumlah RebatK. Semang = RM0.30 Lunas = RM0.30)


  • 5. LEBUHRAYA LALUAN KEDUA MALAYSIAN-SINGAPURA (LINKEDUA)

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang) di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN: 6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA: Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.90 Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 2.30

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI:

Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.20 (Diskaun RM0.70) Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 1.90 (Diskaun RM0.40)




Susulan dengan pengecualian pembayaran tol dan diskaun yang diberikan adalah bertujuan untuk mengelakkan pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakkan lalu-lintas seterusnya lewat untuk sampai ke destinasi. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan berhati-hati dan mengamalkan pemanduan berhemah supaya kejadian yang tidak diingini berlaku.


Sekian~

0 comments:

Search