Welcome To Chaon Zone
Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca di Chaon Zone ini. Raya dah nak dekat nie. Mesti ramai yang dah merancang untuk beraya mengikut destinasi pada kali ini kan.? Jadi sy pun nak share la serba sedikit tips keselamatan di jalan raya sempena hari raya nie. Bukan waktu berhari raya sahaja. Bila-bila masa anda berada diatas jalan raya pun boleh guna jugak.
Berbalik kepada tajuk entri sy pada kali in sempena hari raya aidilfitri tahun 2010 ini, ada sedikit info dan tips dalam keselamatan di jalan raya ini. Kebelakangan ini sy lihat di dada akhbar banyak kemalangan berlaku di merata-rata tempat. Pernah juga berlaku di depan mata sy dimana sebuah kereta jenis Pacuan empat roda merempuh seorang penunggang motosikal. Peristiwa sebegini sememangnya kita sendiri pun tak mahu berlaku terutamanya dikalangan ahli keluarga kita.
Gambar Kesesakkan lalulintas
Bayangkan kereta yang seberat itu merempuh depan-depan dengan sebuah motosikal. Memang melambung la mamat tue dan sampai terbang macam superman cedera parah. Sy yang berada di lokasi kejadian sangat terkejut dan simpati diatas kemalangan yang berlaku. Kejadian seperti ini dapat dielakkan sekiranya kita mengambil kira faktor-faktor keselamatan di jalan raya. Disini Sy nak kongsikan serba sedikit tentang apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan kemalangan ini terus berlaku.
- Kenderaan
Sebelum memulakan langkah perjalanan ke sesuatu destinasi atau tempat, hendaklah dipastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu. Andai kata kereta kita rosak semasa berada di jalan, kan dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Sy sebagai pengguna jalan raya kadang-kadang tak puas hati dengan segelintir pihak sebab ada yang malas nak bagi signal kiri ataupun kanan semasa hendak membelok. Takkan la signal rosak pulak kan..? Ambil perhatian ye..
- Persediaan diri
Persediaan diri juga penting sebelum memandu. Bangun-bangun pagi pastu bersiap nak pegi kerja mengantuk pun tak ilang lagi. Meh sini meh sy nak lempang bagi tak mengantuk..!! hahha.. Kalau rasa mengantuk dan letih, gunalah kenderaan awam yang sedia ada. Tak payah nak sesakkan jalan lepas tue terjebak pulak dengan kesesakkan jalan raya. Buat letih badan je. Bagi yang merancang untuk memandu ke destinasi jarak jauh, pasti letih kan..? carilah R&R yang telah disediakan.
- Patuhi arahan lalu lintas
lampu hijau jalan, lampu kuning bersedia untuk berhenti dan lampu merah berhenti. Jika dilihat pada pelangi yang ada 7 warna kesemuanya.. Eh.. jika dilihat pada dunia hari ini, ramai pengguna jalan raya yang tidak mematuhi trafik dijalan raya. Ada juga yang beranggapan lampu kuning sebagai tanda untuk memecut. Padahal lampu kuning tue hanya untuk beberapa saat sahaja kan. Jangan kerana kita tergesa-gesa untuk kesesuatu destinasi sampai kita membahayakan diri sendiri. Pemanduan dengan jarak yang selamat juga penting seperti yang anda semua belajar sewaktu mahu mendapatkan lesen dulu.
- Lebih muatan
Melalui prinsip keabadian tenaga dan momentum. Semakin berat sesuatu objek atau barang yang bergerak semakin sukar untuk dihentikan. Ini berdasarkan kajian para saintis-saintis dari seluruh negara. Jadi, aplikasi ini sy guna pakai untuk tips keselamatan pada kali ini. Bagi kenderaan yang melebihi muatan dan sarat dengan barang-barang, dinasihatkan supaya tidak memandu ala-ala Michael Schumacher ataupun secara terburu-buru.
Sebenarnya banyak lagi tips di jalan raya yang perlu kita patuhi dan ikuti. Sebagai kesimpulan daripada tips keselamatan dijalan raya ini, patuhi la segala arahan semasa dijalan raya. Jangan disebabkan kita terburu-buru sampai boleh mengakibatkan kecelakaan dan mengorbankan nyawa orang tersayang. Sampai disini sahaja Entri sy pada kali ini, sehingga kita berjumpa lagi di lain Entri. Nak tahu tips untuk penjagaan kenderaan anda semua boleh google. hahha.. Selamat Berhari Raya.
0 comments:
Post a Comment