Welcome To Orange Club
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. "Malang tak berbau". Itulah yang dapat diungkapkan apabila melihat kejadian yang tidak diingini berlaku. Simpati kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa. Dimana kita sendiri pun tidak mahu berlaku tambahan kehilangan orang yang disayangi. Saya terbaca kisah kemalangan di berita harian dan ia amat mengejutkan dimana kemalangan melibatkan bas kerap kali berlaku dan kali ini berlaku di KM38 Genting Sempah, Lebuh Raya Karak.
Kali ini kemalangan yang berlaku membabitkan bas yag membawa 46 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan 2 pemandu bas ketika bas menuruni Genting Highlands. Bila sebut tentang Genting Highlands pasti semua tahu dimana tempatnya tinggi dan jika tidak berhati-hati setiap detik setiap masa pasti bahaya mengundang. Daripada sumber berita harian dan berdasarkan siasatan awl polis, dipercayai masalah brek menjadi punca kemalangan itu.
Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Untuk berita yang selanjutnya korang semua boleh terjah di link Berita Harian: Bas terbalik dekat Genting Sempah untuk laporan terperinci. Berikut adalah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, kedah yang maut dalam kemalangan di KM38 Genting Sempah:
- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14
- Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
- Mohamad Firdaus Rosedi, 16
- Mohammad Yussof A. Akhit, 16
- Mohd Ridzuan Husin, 17
- Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
Sumber: Berita Harian
Muda remaja lagi semua yang maut kan? semuanya dalam belasan tahun. Ucapan takziah kepada mangsa dan juga keluarga mangsa. Lepas ini lebih ramai lagi orang yang takut untuk menaiki kenderaan awam ini (bas) sebab takut-takut kejadian yang tidak diingini sebegini berlaku lagi. Untuk semua pemandu dan penguna jalan raya ataupun lebuhraya, Hati-hati ketika memandu. Jangan kerana sikat terburu-buru dan cuai, maka keselamatan diri, keluarga dan orang awam diancam bahaya. Al-fatihah
Sekian~
Dulu ada buat pasal lift terhempas, sekarang nie kemalangan bas pulak. Diatas kejadian yang berlaku diharapkan kita lebih berhati-hati selepas ini.
0 comments:
Post a Comment