Monday, November 1, 2010

Hot FM NiteJam 2010 di I-City Shah Alam


Welcome to Orange Club

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung semua. Hari ini dah masuk bulan baru dalam tahun 2010. Yang mana pernah ada kisah silam yang pahit harap-harap dilupakan kerana jika disimpan ia akan menjadi penyakit hati dan sukar untuk dirawat. Hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi 2010 akan meninggalkan kita. Hari ini hari isnin. Semua orang ingat kan? hahha. Semoga hari ini menjadi permulaan yang baik dalam setiap langkah anda dalam mengejar cita-cita.


Hot FM Nite Jam 2010

 

Sekarang ini Hot FM giat menjalankan aktiviti bersama pendengar dan peminat di seluruh pelusuk tanah air. Aktiviti yang dijalankan sungguh menarik minat ramai dan setiap kali dijalankan aktiviti seperti ini semestinya ramai yang akan hadir. Nasib buat hari cuti. Kalau tak mesti tak ramai orang kan? hahha. Sebelum ini Hot FM telah mengadakan Hot FM Jam 2010 di beberapa lokasi seperti di Kuching Serawak, Ipoh Perak dan Batu Pahat Johor.

Hot FM NiteJam 2010 kali ini akan diadakan pada
06 November 2010 yang akan datang. Lokasi kali ini bertempat di I-City, Shah Alam berhampiran dengan UiTM Shah Alam. Kepada sesiapa yang berada di sekitar Shah Alam dan berhampiran dengan selangor ini, anda boleh datang dengan tangan kosong pun takpe untuk memeriahkan lagi jam pada kali ini. Banyak aktiviti menarik yang disediakan dan ramai krew Hot FM yang akan turun padang bagi menghangatkan lagi suasana.

Bermula seawal
jam 10 pagi, krew-krew Hot FM yang hensem+lawa akan bersiaran secara langsung dari I-City. Kepada pendengar setia yang nak lihat sendiri krew-krew Hot FM ini bersiaran secara langsung jangan lupa untuk menghadirkan diri seawal jam 10 pagi. hahha. Hot FM NiteJam 2010 kali ini akan dihangatkan oleh artis-artis seperti Breakfast Band, Azlan & The Typewriter, Black, Shila, Fabulous Cats, Ning Baizura, XPDC, Spider, One Nation Emcee, Projek Pistol, Hujan dan Monoloque & Atilia.

Sekian~

0 comments:

Search