Friday, October 1, 2010

lif Pangsapuri Impian Baiduri Terhempas - 4 Cedera


Welcome To Orange Club

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua pengunjung blog nie sihat-sihat selalu. Bangun-bangun pagi nie terdengar di radio hot.fm berkenaan dengan lif terhempas oleh Faizal Ismail (FBI) dan Fara Fauzana. Sy berminat untuk mengetahui kisah ini dan mencari info yang selanjutnya untuk dikongsi bersama. Daripada sumber utusan malaysia didapati kejadian ini terjadi kira-kira jam 2 petang. Untuk kisah selanjutnya sy masukkankan berita dari utusan malaysia.


Gambar hiasan



4 Cedera Akibat Lif Pangsapuri Terhempas

Oleh ASSIM HASSAN 
kota@utusan.com.my

PETALING JAYA 30 Sept. - Sepasang suami isteri dan dua pelajar mengalami detik-detik mencemaskan apabila lif yang mereka naiki rosak dan tiba-tiba terhempas ke bawah dari tingkat enam, Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri, di sini hari ini.

Berikutan kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Rahim Yunus, 30-an mengalami patah ibu jari kaki kanannya manakala isterinya, Zarinah Jaafar, 30-an, seorang guru cedera di pinggang dan siku kiri.

Dua lagi pelajar iaitu S. Kugahan, 14, patah kaki kanan manakala Azizah Ermonchatib, 13, cedera di bahagian punggung. Kesemua mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Rahim yang ditemui di PPUM memberitahu, kejadian berlaku semasa dia dan Zarinah ingin ke tingkat 10 untuk mengambil anaknya yang dijaga oleh seorang pengasuh.

Katanya, turut sama menaiki lif berkenaan ialah Azizah dan Kugahan yang baru pulang dari sekolah.

"Saya, isteri dan Azizah ingin ke tingkat 10 manakala Kugahan di tingkat lima. Namun, lif tidak berhenti pada aras lima hingga menyebabkan Kugahan menekan berulang kali nombor lima agar lif itu berhenti.

"Bagaimanapun tiba-tiba lif itu rosak dan terputus bekalan elektrik di tingkat enam lalu terhempas," katanya sambil memberitahu kejadian tersebut berlaku begitu pantas.

Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Thambi Chik Hassan berkata, dia kesal kerana pihak pengurusan pangsapuri itu tidak menyenggara dengan baik lif di kawasan tersebut.

Katanya, mujurlah kejadian itu tidak meragut nyawa penduduk di pangsapuri berkenaan.

"Setiap bulan penduduk membuat bayaran penyenggaraan antara RM45 dan RM50 sebulan, namun pihak pengurusan gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk.

"Sebelum ini pun memang hanya dua lif yang dapat digunakan walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri itu.

"Kini penduduk akan mengalami kesusahan apabila satu lif sahaja yang boleh digunakan penduduk," katanya lagi.

Sementara itu, Penyelia Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, di sini, Seman Awang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.17 petang.

Katanya, sebaik sahaja tiba, tiga daripada mangsa telah dikeluarkan oleh pekerja penyenggaraan sebelum kesemua mereka dibawa ke PPUM untuk menerima rawatan.



Banyak kejadian yang tak diingini berlaku terhadap dari kita kan. Tapi kejadian sebegini kita sendiri pun tak mahu berlaku. Menurut kata Faizal dan Fara tadi, difahamkan mangsa seorang guru dikhuatiri lumpuh seumur hidup akibat daripada lif terhempas dari tingkat 6. Kesian kan. Langkah keselamatan ketika berlaku lif rosak ataupun terhempas anda boleh tekan nombor setiap tingkat. Kalau tak boleh juga nak buat macam mana kan. Sekurang-kurangnya anda mencuba. hehhe..

Pernah ada pengalaman dalam lif rosak?


Sekian~

0 comments:

Search