Wednesday, November 3, 2010

Banjir Di Kedah Berada Pada Tahap Bahaya

Welcome To Orange Club

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada semua atas kesudian anda untuk membaca disini. Kali ini sy ingin mengetengahkan isu berkaitan banjir yang berlaku di utara semenanjung iaitu di Kedah. Negeri yang turut terlibat dalam bencana banjir ini seperti Perlis, Kuala Terengganu, Kota Baharu. Bila banjir melanda, banyak aktiviti atau kegiatan seharian tidak dapat dilakukan. Ini yang berlaku kepada rakyat malaysia yang berada di Utara Semenanjung sekarang.



Gambar Banjir yang berlaku Di utara Semenanjung Malaysia.
  • Mangsa Banjir Di Kedah Dipindahkan

Melalui sumber yang dipercayai, Lebih 15,000 mangsa banjir dipindahkan di Kedah. Mereka telah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir yang teruk sejak semalam. Beberapa lokasi pemindahan mangsa banjir yang dikenalpasti seperti Kubu Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pokok Sena. Untuk keterangan lanjut mengenai banjir yang berlaku dikedah, anda boleh masuk di link ini.
 

  • Senarai Jalan Yang Ditutup

Daerah Kubang Pasu (Jalan Pauh–Changlun; Jalan Bukit Wang–Malau; Jalan Jitra–Kelubi; Jalan Jitra–Kodiang; Jalan Kampung Betung–Kampung Kanyau; Jalan Kampung Darat–Kampung Belihal; Jalan Jitra–Bukit Wang; Batu 4 Jalan Changlun–Kodiang; KM28 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra); KM10.2 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Changlun); Jalan Ulu Pauh–Changlun; dan Jalan Tanah Merah–Wang Tepuh.

Daerah Padang Terap (Jalan Kuala Nerang–Padang Sanai; Simpang Jelutung; Jalan Semilang; Jalan Kampung Rambutan–Kuala Kajai; Jalan Kilang Gula Padang Terap–Kampung Pokka; Jalan Kampung Banggol–Padang Sanai; Jalan Kampung Padang Cenderai–Kampung Baru Ladang; Jalan Kampung Tanjung Kiri–Kampung Tanjung Kanan; Jalan Kampung Tualak; dan Jalan Kampung Kubu. 

Sumber: BERNAMA

  • Bekalan Elektrik TNB Ditutup

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menutup sementara bekalan elektrik ke pencawang, pepasangan dan wayar elektrik di kawasan terlibat banjir sekiranya paras air mencecah paras yang membahayakan. Penutupan bekalan ini adalah untuk memastikan keselamatan orang awam terjamin. Bekalan akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat.

 
Sumber: Berita Harian

Semoga keadaan di Kedah dan Negeri-negeri lain yang dilanda banjir akan kembali sediakala. Untuk usaha bantuan banjir, adalah penting bagi mangsa banjir untuk menerima peralatan kebersihan kerana mareka dipindahkan akibat banjir kebiasaannya terdedah kepada penyakit bawaan air seperti taun. Jumpa lagi untuk entri yang akan datang.
Sekian~

0 comments:

Search