Monday, November 15, 2010

Muzik-Muzik 25 | Keputusan Separuh Akhir Pertama dan (Kedua)




 Welcome To Orange Club

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya berjalan dengan lancar sepanjang hari ini. "Bicaralah Sejujur Hatimu, nescaya Cinta Sempurna akan lahir sehingga ke akhir Noktah Cinta. Janganlah Hanyut mengejar cinta di dunia dan anda harus Mencari Konklusi jika Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang dicari. Hahha! Eh. Semua tajuk lagu tue telah berjaya menempatkan sebelah kaki ke AJL ke-25.


Muzik-Muzik 25 Top 6
               

Untuk pengetahuan semua, keputusan top 6 untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung pada 8 November 2010 telah pon diumumkan. Dah lama nak post entri nie tapi sebab ada masalah, lewat sikit update kali ini. Lagu  penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik yang berjaya mendapat kedudukan top 6 adalah seperti berikut:

Lagu                                          Penyanyi / Pencipta Lagu / Penulis Lirik


1. Sejujur Hatimu                       Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor

2. Cinta Sempurna                     Yuna / Yuna / Yuna

3. Hanyut                                  Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

4. Kebahagiaan                         Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

5. Mencari Konklusi                   Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

6. Noktah Cinta                         Hafiz / Ajai / Shah Qalam


Walaubagaimanapun, lagu-lagu yang berjaya mendapat kedudukan top 6 yang disenaraikan diatas masih belum terjamin tempat untuk ke peringkat akhir Muzik Muzik 25 kerana masih ada 2 lagi Muzik-muzik separuh akhir yang akan diadakan pada hari ini jam 10 malam di TV 3 dan 22 November nanti. Antara lagu lain yang turut dipertandingkan pada separuh akhir pertama Muzik Muzik 25 adalah seperti berikut:

Lagu                                          Penyanyi / Pencipta Lagu / Penulis Lirik

1. Inilah Cinta                             Akim/Akim/Akim

2. Gerak Hati                             Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light

3. Cinta                                     Mohd / Iswandy / Iswandy

4. Hujan Bunga                          Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali Di Kuala Lumpur

5. Oh Juwita                              Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense

6. Bersamamu                           Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief /Koko & Yaheed


Dua lagi separuh akhir yang akan diadakan nanti tidak kurang hebatnya. Nantikan malam ini Isnin 15 Novembar 2010 Di TV 3 untuk separuh akhir kedua. Senarai Muktamad lagu yang akan bertanding di peringkat akhir Muzik-Muzik 25 akan diumumkan pada 22 November nanti. Boleh dikatakan hampir kesemua lagu yang berada dalam top 6 adalah nama-nama yang popular dalam industri muzik tanahair masa kini.

Untuk melihat senarai penuh yang bertanding untuk Muzik-muzik 25, ada boleh lihat di Muzik-Muzik 25 | Senarai Lagu yang Layak ke Semi Final. Sebanyak 18 lagu lagi yang belum dipertandingkan. Pastikan anda tidak terlepas untuk melihat persembahan siaran langsung pada malam ini. Hahha. Bagi yang ingin mengundi dalam Shout! Awards 2010 dan ingin pastikan artis pilihan anda mendapat anugerah. Jangan lupa untuk undi sama ada melalui Online ataupun SMS.

BARU

Sekian~




0 comments:

Search