Monday, September 26, 2011

Tips - Elakkan Kemalangan Di Jalan Raya / Lebuh Raya





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari isnin bermulanya hari untuk bekerja ataupun belajar. Walau siapa pun kita, ia pasti hari yang amat tidak ditunggu-tunggu kerana baru sahaja lepas cuti. Kan? Boleh juga dikatakan hari yang amat memenatkan kerana tidak cukup rehat. Terasa sedikit malas! Mahu atau tidak kita mesti pergi jugak. Kebelakangan ini banyak yang saya dapat lihat dari aspek keselamatan jalan raya yang kurang diambil berat. 

Cuba bayangkan jika kurang dari 20km di jalan raya pasti saya akan ternampak kemalangan terutama di sekitar Kuala Lumpur. Hal sedemikian memberi kesan yang buruk kepada aliran jalan raya dan sekaligus berlaku kesesakkan jalan raya. Hanya beberapa buah kenderaan yang terlibat, kenderaan-kenderaan yang lain turut menanggung akibatnya. Beberapa tips yang saya sediakan untuk mengelakkan dari berlaku kemalangan. 


Gambar Hiasan Sumbangan Google


Antaranya:


Tips 1 : Kurangkan Had Laju Yang Ditetapkan


Terburu-buru dan lambat untuk ke tempat kerja mahupun belajar adalah salah satu punca terjadinya kemalangan. Masing-masing terkejar-kejar untuk sampai tepat pada waktu yang ditetapkan. Nasihat saya supaya kepada pengguna jalan raya supaya tidak terburu-buru jika lewat. Lewat tetap lewat kan? Jadi patuhi had laju yang ditetapkan. Sebaiknya kurangkan dari had laju yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan. Awas! Perangkap Had Laju Tetap. Jika pemanduan lebih daripada had yang ditetapkan silap-silap surat saman sampai ke rumah. Hahha. 


Tips 2 :Pastikan Anda Berada Pada Jarak Yang Selamat


Jarak antara sesebuah kenderaan dengan kenderaan lain yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ditulis dalam peraturan 2 saat. Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam situasi kecemasan. Semasa waktu hari hujan pula, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di amal peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di nasihatkan menggunakan kaedah peraturan 4 saat, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat tadi. 



Tips 3 :Beri Isyarat Kenderaan Sebelum Menukar Laluan


Tidak memberi isyarat kenderaan sebelum menukar laluan adalah salah satu punca berlakunya kemalangan. Penulis melihat banyak kenderaan yang ingin menukar laluan tidak memberikan isyarat lampu terutamanya kereta-kereta mewah seperti BMW tak kira series, Toyota dan honda Civic. Padahal sistem yang digunakan dalam kenderaan tersebut berteknologi tinggi kan? Hal ini menyusahkan pengguna jalan raya lain. Terpaksa mengelak dan kadang-kadang menggunakan brek kecemasan. Sebaiknya beri dahulu isyarat supaya pengguna jalan raya lain dapat memberi laluan dan melancarkan perjalanan di jalan raya.


Tips 4 :Jangan Gunakan Laluan Kecemasan Jika Tiada Kerosakkan


Pernah dulu iklan keselamatan di jalan raya di kaca television mengatakan  laluan kecemasan hanya untuk kecemasan sahaja. Sekarang nie tak tahu la ada ke tak lagi. Hehhe.. Tapi jika dilihat hari ini, laluan kecemasan ini digunakan oleh segelintir pihak sebagai jalan pintas untuk ke sesuatu destinasi. Walau hanya kesilapan sedikit, ia boleh mengundang bahaya. Elakkan daripada menggunakan laluan kecemasan. Mungkin kita tidak sedar kereta yang sedang berhenti untuk tujuan kecemasan. 




Sekiranya semua aspek ini diambil kira InsyaAllah kemalangan dan kecelakaan di jalan raya sebegini dapat dielakkan. Semuanya terserah kepada takdir. Kita hanya mampu untuk mengambil langkah berhati-hati semasa memandu tapi jika kita ditakdirkan untuk kemalangan semuanya terserah kepada-Nya. Harap-harap kita semua lebih berhati-hati untuk ke mana-mana destinasi.


Sekian

13 comments:

kech hidayah said...

Ye saya sedar lewat tetap lewat tapi lewat sedikit dan lewat sebanyak eh lewat banyak adalah dua perkara berbeza..hahhaha..dan kereta mahal2 ni pemandunya kebanyakannya berlagak sombong bongkak angkuh.macam dia je berkuasa kat jalan sampaikan ikut suka hati tak mau bagi signal.orang lain pun bayar roadtax jugak.kan?kan?

dayah said...

ala-ala entry pandu selamat jiwa selamat, morning monday

Mario said...

thanks utk tips ni...aku pernah eksiden sampai keta aku terbang dan terbalik...mmg ngeri...nak citer tp tak tau camana...yg penting seme selamat...alhamdulillah...

LadyBird said...

chaon.. kalau kat terengganu kan.. byk kenderaan yang menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat.. dan ade jugak yg dari lorong kiri mengelak kenderaan motor terus masuk ke lorong kanan tanpa memberi isyarat dan tanpa tgk side mirror sebelum masuk.. pentingkan diri tullah pemandu2 nih.. huhuhu....

tehr said...

hati2 memandu
pejalan kaki juga perlu hati2
jangan buat suka hati je nak lintas jalan

Hensem Jugak said...

5. Jangan menyibuk buat semak tngok keta belanggar bumper to bumper. Budget hero.. hahha..

Unknown said...

Antara salah satu bende lagi yang paling penting ialah jikalau hendak menukar lorong ataupun mahu masuk ke lorong lain, silalah berikan signal so takdela menyusahkan org macam aku ni nak tekan emergency brek:)

kech hidayah said...

6. Jangan suruh co-driver ambil gambar kereta yang excident kat tepi jalan pastu suruh post kat blog.Jangan! nanti kalau kamera kena rampas abis polis nampak images folder penuh ngan gambar kereta excident. Ingat kita ni ondscene ke?hahahaha

::FAIZ:: said...

ramai pemandu yg buat jalan raya mcm dia punya sorang

sud@is said...

semua pihak kena hati2, bukan pemandu kreta sja , motor pun dan juga pejalan kaki

Unknown said...

aip chaon..lama da x blogging n sembang ng chaon...

Mario said...

mana korang weh....

guest said...

hai..hehe

Search